:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Tuesday 23 August 2011

gelora

Tiadalah cinta,
semua telah berdusta,
segala rasa telah menipu seganap manusia,
dgn khayalan dan mimpi-mimpi fatamorgana,
hakikatnya cinta adalah rasa bersatu hamba,
dengan sang kekasih yg selalu syahdu membelai jiwa,
memberi dgn seluruh kasih,
setiap detik mengurnia, tulus. 
Akhir ramadhan selalu membawa aku menoleh kepada cinta luar biasa yg menggentarkan jiwa.

Wednesday 10 August 2011

roti canai banjir




biarlah kuhembus nafas ini seperti biasa,
agar kau tahu apa yg aku rasa.

biarlah kulihat alam ini seperti biasa,
agar kau tahu apa yg aku rasa.

biarlah kudiam lebih dari biasa,
agar kau tahu apa yg aku rasa.

jgn kelihatan tulusmu keliru,
semata-mata kerna manusia.

fizik mampu menipu buat sementara waktu,
tetapi hakikat adalah rahsia kita berdua.

diam mencari erti,
berbahasa mencari diam yg seterusnya.

diam mencari erti,
berbahasa membangun cinta.

buntu berperang keliru,
tangis bernafas baru.

jaga menanggung nyata,
sujud pulang segala.

Tuesday 9 August 2011

A - T - N - I - C






cinta itu juga berputar umpama alam,
cinta saling merajuk dan memujuk,
selalu tarik menarik antara manja dan harap,
sehingga ia bertemu dengan titik kemanisan,
dan berdiamlah ia menikmatinya buat sementara waktu,
...sehingga putaran yang selanjutnya tiba lagi,
untuk cinta itu terus diuji.

pertahankanlah cinta itu,
kerna ia diambil dengan gunung yg bergoncang,
iaitu dgn pernikahan yg mulia.

Wednesday 3 August 2011

selamat pagi ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah,



sekadar peringatan utk diri sendiri,

ketundukan hati adalah kecantikan yg sebenar. mata selalu memberi gambaran hati. sedang kesombongan dan kemegahan menjadi pakaian kecantikan ciptaan materialisme.

semoga ramadhan menjadi sekolah utk kita mencari kecantikan yg mendatangkan ketenangan dan kerendahan kepada hati kita.

jgn biarkan hanya fizikal yg cantik dipandang org, sedang kita derita dalam menikmati kepalsuan kecantikan diri sendiri.

bila kita puas menikmati keagungan ilahi,cantik akan menjadi cahaya yg menembus kedalam peribadi.

wallahuaklam.


Tuesday 2 August 2011

hidangan ini mungkin hanya sekali, kawan

Assalamualaikum Sahabat-sahabat yang saya cintai,


Entah mengapa saya menjadi hiba. Tak mampu saya nak menggerakkan tangan saya untuk memberi komen disatu blog yg saya selalu lawati. Sedih. Wallahuaklam secara jelas saya pun tak tau kenapa tetapi entah mengapa saya merasa hiba. Kalau boleh lah saya mengajaknya tilawah Quran, saling membincangkan ayat-ayat Allah yg disampaikan kepada kita, tetapi saya tidak berpeluang berbuat sedemikian.

Cuma nasihat saya atas dasar sayang kerana Allah. Gunakanlah setiap ketika untuk kita menikmati hidangan indah ini. Hidangan yg jarang datang. ia, kekasih sedang menanti kita. melambai-lambai dengan kasih sayang dan ampunanNya. Alangkah rugi dan bodohnya kita jika kita mensia-siakannya.

Ya Allah, terimalah taubat kami.

Kalaulah aku mampu berbisik kepada semua