:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Thursday 21 July 2011

cerita untuk manusia 11

Kesakitan Yang Memeningkan


Jangan biarkan cinta itu keliru untuk memilih jalan kebenaran,
Kelak ia akan rapuh sendiri, kerna ia terpisah dari empunyanya yang asal.

Jangan biarkan cinta itu enggan untuk membenci,
Kerna benci dan cinta adalah saudara yang selalu bercinta.

Jangan biarkan cinta itu sunyi dari amarah,
Kerna maraha kerana Allah adalah kemuncak dari menifistasi cinta.

Jangan biarkan dua cinta sukar untuk ditimbang,
Kerna cinta keranaNya pasti akan bertemu aturan yang sebenar.

Jangan biarkan cinta itu kejam menghukum diri sendiri,
Kerna itu adalah tanda kesesatan dan perasan yang tidak berhubung dengan pencipta.

Jangan biarkan peraturan ilahi tewas kepada cinta,
Kelak cinta akan layu kehilangan ruh untuk ia terus bernyawa.

Jangan biarkan akal hanyut demi cinta,
Kerna ia akan membuatkan akal fikiran menjadi hamba kepada yang bukan pemiliknya.

Dan Jangan biarkan cinta enggan untuk menegur kesilapan,
Kerna itu bukan cinta, tetapi itu membabi buta.


Muhammad Rashid Rabbani
Shah Alam

Tuesday 12 July 2011

cerita untuk manusia 9

Assalamualaikum Warahmatullah,



Menjadi Lelaki Sejati.

Sebelum saya mula menulis, izinkan saya menjelaskan beberapa perkara yg mungkin akan menimbulkan kekeliruan.

Fakta no 1: saya bukan peminat shahid kapoor. walaupun saya mengaku masa sekolah dulu selalu kena jerit dgn mak sebab malas kapur kasut dan selalu jugak membazirkan kapur masa kat kelas dulu, saya tetap bukan fan of shahid kapoor.

Fakta no 2: tak ada fakta.

Fakta no 3: lagi la tak ada.

Ok kita mulakan cerita.

Saya ingin menjadi lelaki sejati. Dan saya mengaku skrg saya masih berusaha untuk menjadi lelaki sejati. (adakah ni statement yg berbahaya dan boleh disalah anggap?) hmmm mungkin kalau saya seorang celebriti, statement mcm ni boleh membuatkan saya dikejar sehingga ke lubang tandas bilik belakang oleh wartawan melodi yg takder kerja lain tu. wallahuaklam. biar saya terangkan yg sudah jelas lagi bersuluh ni.


macam ni chegita nya kawan. lelaki sejati pada pandangan saya bukan yg hanya memiliki 6 packs. menjaga kekenyalan lower abs dan upper abs nyer, menjaga kehenseman bisap dan trisap nya, jogging 25km selamba, swimming 2km selamba, super fit la kesimpulannya.

Dan bukan pula lelaki sejati itu memiliki wajah yg super handsome  dan supe bersih mcm hmm sapa ek... jap2 google kejap.


amacam hendsome tak mamat ni. serius saya tak kenal sapa mamat ni. mungkin dia pernah sekolah kat smjk(c) chung hua, kajang. (dekat dengan komuter kajang). Tapi secara jujur mmg saya jeles dgn kebersihan kulit mamat ni. takper2, hari ni hari ko esok lusa sapa tau. mungkin hari org lain. insyallah satu hari nanti saya akan dapatkan jugak kulit mcm tu. azam bulan ramadhan tahun ni. sah ke azam camtu?

ok kembali kepada topik. apa la karangan lari topik ni. marah cikgu zubaidah kang.

korang tengok tak cerita nora elena? hehe kalau korang tanya aku tengok ke idak. jawapan nyer ialah...jeng jeng jeng... hehe aku mana la tengok TV!. TV kat umah aku bukak bila ada Bola dan Cerekarama. Itu pun kalau bini aku ajak aku romantik2 sambil manja2 tengok cerekarama sesama. sebenarnya aku tak peduli pasal nora elena tp yg aku agak peduli camana seth tan (sorry ibu2 jgn marah kalau saya silap eja watak aaron aziz ni, jgn buat demo pulak hehe). digambarkan seth tan itu adalah suami idaman malaya. wallahuaklam.
Siapa lelaki yg tak menyirap dan tak nak jadi mcm seth tan tu atau lebih hebat dari dia kalau dgr camtu? sebenarnya aku sgt2 tak peduli pasal seth tan. serius aku tak peduli. sbb ada sorang lagi super hero yg super duper buper goper romantik dgn isteri dia. mmg tak leh lawan. dia ni super hot, super hensem super alim super lembut dgn isteri n keluarga dia. korang cari sendiri. ni assignment. 10% dari carry mark, ok?

ok tadi masa saya atas motor pulang dari swimming pool, saya terfikir...sebenanrya kita just perlu menjadi org yg sederhana. ya sederhana. itu adalah yg terbaik. tak perlu hype mcm gempak tp ada benda yg kita losing. kan? dan begitulah dalam menjadi lelaki yg dicintai isteri. woi ko kan laki cari je la bini lain?

kenapa suara hati aku tiba-tiba berkata demikian? adakah engkau  (wahai suara hati) taknak hidup lama?

Sebenanrya kesejatian itu lahir dari HATI ya HATI dan HATI ...

semua unsur fizikal adalah bukan unsur wajib. memang allah sukakan kecantikan. tetapi hati tetap hati. tidak ada yg boleh ditipu. Kecantikan fizikal tak mampu membeli ketenangan dan kesejahteraan batin. akhlak, kesopanan, kebaikan, peribadi yg mulia, kejujuran dan keikhlasan adalah 'kecantikan' batin yg akan berbahasa dengan bahasa yg lebih murni dari sekadar 'tampalan2' fizikal. itulah nilai terbesar untuk lelaki yg sejati.

Sekiranya kita renung sejarah, bagaimana seorang pemuda mulia bernama yusuf yg dengan keyakinannya yg dalam menolak godaan seorang wanita jelita permaisuri raja. subhanallah. inilah sosok peribadi lelaki sejati. dan saya dengan segala kelemahan masih lagi jatuh dan bangun menuju kemuliaan tersebut. 

dan kehidupan adalah segala ruang untuk muhasabah. ya Allah, berikanlah kami hikmahmu yg dalam dan bukakanlah kami pintu ilmu dan kebijaksanaan utk kami menempuh kehidupan ini.

Wassalam,

Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM




Sunday 10 July 2011

cerita untuk manusia 8

perasaan selalu mengelirukan perasaan


Assalamualaikum Warahmatulllah,

hari ni saya nak cerita jiwang sikit. yer jiwa diulang yer jiwang. saya ni mamat ganas tapi jiwang. jgn ingat mamat ganas tak jiwang. tp jiwang saya jiwang hero sebenar. bukan jiwang samseng pekan. udah2. dah malam ni cepat tulis blog.

ok...

saya menikmati kekeliruan perasaan. dan ia suatu yg sgt menarik dan mencabar. inilah akibat org yg sukakan cabaran. dan dah betul2 kena cabar. but cinta akan kembali mekar. dan even cinta akan diperbaharui. saya yakin. harumnya semakin hampir. semakin dekat dan dekat saya rasakan.

saya tidak mampu untuk menulis lagi. hanya mampu untuk merasa...semoga dikau pun merasakannya wahai kekasihku sayang...

ily



Monday 4 July 2011

Cerita Perjalanan Manusia 1

Assalamualaikum Warahmatullah,

Allah menyuruh kita bermusafir kebumi manusia yg bertaqwa dan malahan juga bermusafir ke bumi manusia yg kufur.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk ke negeri pulau mutiara. Untuk menghadiri Malaysia Open Source Conference 2011. Boleh google untuk laman rasmi conference. Setelah melawat anak dan isteri di negeri hang tuah, tibalah masa untuk saya mengembara ke negeri hang lim guan eng. So sampai je kat shah alam dari melaka dalam waktu magrib terus pegi beli tiket. Tup tup nampak malaysia tengah main. So stop kedai mamak kejap tak cakap banyak dan layan bola dulu. Berenti solat and sambung layan balik. Walaupun agak kecewa dengan permainan malaysia yg sepatutnya boleh score byk lagi, takper itu saya dah luahkan kat facebook. Kita doa mereka dapat belasah singapore habis-habisan. Dapat tiket jam 12 malam dari shah alam ke pulau pinangg...

Alhamdulillah sampai di stesen bus yg tercanggih didunia iaitu stesen bus seksen 17 shah alam dalam jam 11.55 dan terus bus sampai dan terus naik bus. Alhamdulillah dapat seat super vip (dalam istilah kamus kebusan malaysia), duduk sebelah makcik india yg berumur dalam lingkungan 60+ tahun. walaupun sedikit berbau, tetapi takder la kuat sgt. brother belakang saya seolah olah tau yg saya kurang selesa dgn bau makcik tu dia pun offer saya duk belakang. since seat blakang still kosong satu. oleh kerana seat blakang skali tu tak leh baring, so saya stay la dgn seat saya skrg.

Then saya pandang makcik seat belakang lagi sebelah. saya tgk dia tengah nangis. tak tau la pasal sejak dua menjak ni saya tak boleh tengok perempuan menangis. rasa sangat2 nak pujuk. hari tu masa kat melaka sentral ada jgk nampak sorang perempuan muda ni nangis sambil telefon. saya tanya jugak kenapa nangis tp dia tak brapa dengar. oleh kerana dia tu muda so saya tak jadi la tanya sebab takut fitnah kan. Tapi alhamdulillah makcik malam tadi saya berani kan diri untuk bertanya "kenapa makcik menangis?" dan makcik tu sambil tersedu sedan menjawab, "takder apa2".

saya terus sedih melihat makcik tu menangis. mcm2 assumption datang kat kepala ni. tetapi yg best nyer bila mengantuk datang dengan sangat deras, semua rasa tu hilang. saya tertidur dengan handsomenyer sehingga saya terdengar suara yg sangat macho menjerit dari depan bus, "SG NIBONG! TURUN CEPAT SG NIBONG!!!" aahh dah sampai penang rupanya!

Dengan penuh kerakusan saya terus pakai kasut takut kena tinggal dengan driver yg saya tak tau muka garang ke muka baik. terus angkat backpack nostalgia saya tu, sambil check 2 benda yg penting iaitu wallet dan handphone blackberry saya yg sangat2 mahal tu. (kalau dalam rupiah tp kita lupa yg itu rupiah). setelah raba poket jaket tepi ada wallet and poket atas jaket ada bb, saya pun tanpa sempat ikat tali kasut terus turun dari bus.

Alhamdulillah, camni rasa penang...ingat udara dia bau wangi. hehe tak pun bau lim kit siang sikit hehe...turun2 je ramai sgt pakcik2 taxi dan kereta sewa tunggu. kesian pun ada aku tgk muka pakcik2 ni. masa tu jam 412 lebih kurang.

saya dengan penuh control macho nyer mengelak dengan tepat semua terpaan pakcik2 tu. dan cakap ada kawan nak amik nanti. dan tanya "pakcik, kat mana masjid?" "kat depan tu dik, jalan terus. jam time tu kol 4 lebih, hmmm perut pun dah memintak sedikit habuan. "pakcik, kedai makan kat mana?" pakcik yg paling alim menjawab "belok kanan terus, ada kedai mamak zubaidah" "jauh tak pakcik?" pakcik menjawab dengan lambat, aku dah agak sure jauh ni. "tak la dekat jer" ok never mind. dalam hati ada sedikit kerek, aku kan atlete insyallah boleh jalan jauh. astagfirullah!

Then jalan la dengan penuh gaya agent 007 aka mujahid ke destinasi yg tak tau kat mana tu. langkah demi langkah sambil tahan mengantuk saya terus berjalan dan berjalan.
sehingga...jeng jeng jeng...

saya nampak satu tempat yg agak meragukan! gelap! terdetik dalam hati! macam ada anjing! saya dah berjalan hampir 2 km lebih kurang. badan penat sbb tidur dalam bus dalam keadaan yg sangat tidak menusiawi didalam bus tadi, plus beg yg suam2 berat,....

tetiba....

dengar anging memanggilku dengan penuh garang..saufy!! saufy!! ko buat apa tu!!! ni tempat aku!!! (setelah diterjemah,harap maklum!) dia dah mula mengejar aku!!!

aku cuba buat2 control macho, tetapi gagal sebab ada kawan dia lagi sorang dah start berbunyi!... dangan bunyi hampir serupa!!. So aku kena lari sekarang!

Saya terus berlari. tetapi sempat jgk menoleh dgn harapan anjing itu akan putus asa. tetapi tidak. mungkin dia telah lama merindukan stranger. dia kejar lagi! lari laa...alhamdulillah skali lagi dgn training swimming di swimming pool uitm, jauh jgk la saya berlari.

tiba2.....

saya sangat kehilangan nafsu untuk makan. serius, tak tipu ni.

saya ternampak surau kompleks pegawai kanan PDRM pulau pinang. saya tak peduli kanan ke kiri ke yg penting saya nak tido. terus masuk amik wudu, solat sunat 2 rakaat. solat witir dalam keadaan yg pancit. bukak kipas dan tido sambil peluk beg. tak cakap byk. mmg time tu saya tak cakap byk. buat apa nak cakap byk and nak cakap dgn sapa pun. sbb time tu aku sorang.

so tido sampai ada pakcik datang kejut subuh. solat n lepas solat terus keluar sambil mengantuk tahap ke 12,334. alhamdulillah akhi wira terus datang dengan kia nyer yg turbo. (rasa mcm turbo kalau race dgn basikal la).

cakap dgn akhi wira, ana nak mandi dan tido kejap n ana akan ke hotel naik taxi pun takper. sbb nak pakai hensome2 sikit and pegi conference laa...tak sabar aku nak pegi open source conference ni sbb da lama sgt sgt sgt nak pegi. sejak zaman atuk aku kecik lg aku nak pegi benda ni. (dah start merepek).

akhi wira terus hantar ke depan bayview. turun je dan blur. nanti gua sambung.

huh susah betul nak cari mood nak sambung cerita ni. actually bagus kalau sambung cepat2 sbb nanti lambat da start rasa bosan n malas nak sambung.

Saturday 2 July 2011

cerita untuk manusia 7

tesenyumlah untuk sebuah kehidupan,


Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Disebalik semua persoalan yg berlaku didalam kehidupan, kita masih lagi memiliki byk kenikmatan. Dan untuk hamba-hamba yg ikhlas insyallah Allah pasti akan membongkar rahsia untuk dia ketahui sesuatu dalam idupnya dari masalah yg menimpanya.

Mungkin Allah nak kan dia lebih berani? lebih lelaki? lebih bertanggungjawab? lebih halus dan lebih lembut? lebih romantik? lebih mendidik dengan sepenuh hati dan kasih sayang? Sebab didalam kehidupan ini semuanya ada sebab. Tiada yg berlaku sia-sia. Dan banyak kali didalam al-quran Allah gambarkan Allah itu diatas segala sesuatu.

Dulu masa muda2 saya selalu menyesal atas apa yg telah saya lakukan. Dan ketika saya berfikir tentang kekecewaan atas apa yg telah berlaku, saya selalu diingatkan oleh bisikan diri sendiri tentang yang Allah itu berada disebalik apa yg berlaku. Jadi kita tidak akan terlalu terbawa-bawa dengan lambungan perasaan kecewa tetapi memikirkan apakah hikmah yg terselindung dari apa yg terjadi.

Then kita akan jadi kuat, dan meyakini bahawa Allah sedang berbicara dengan kita untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih mulia disisinya. Allah sayangkan semua hambanya. Tiada yg dia tinggalkan dan cicirkan. Cuma kita je yg kurang merasai sebenarnya dari setiap yg berlaku didalam kehidupan kita, Allah sedang berbicara dan berinteraksi dengan kita.


Bila kita buntu, kita cenderung untuk berlaku extream didalam sesuatu. Itu membuatkan kekadang kita terlalu byk berfikir sehingga menjadi terlalu ideal dan akhirnya berada didalam dunia sendiri. Untuk yg pandai bermain kata-kata seperti saya, akan lahirlah rangkap-rangkap puisi yg sangat sukar untuk difahami yg pada hakikatnya penggambarkan kecelaruan perasaan.

Sedangkan pada hakikatnya sekiranya kita kembali kepada panduan wahyu ilahi yakni al-quran dan sunnah, ia akan memandu seluruh kehidupan kita. Bila saya kembali membaca Al-Quran, saya akan terasa kembali terpandu. Dan jiwa saya kembali tenang dan seolah-olah gembira dengan panduan Al-Quran tersebut. (walaupun tak semua kandungan Alquran saya fahami). Syukur Allah atas petunjuk. Semoga terus dikurniakan taufiq dan hidayah.

Alhamdulillah, dengan al-quran ni kita akan terasa sedikit malas untuk membukanya. Sebab syaitan akan selalu menggoda kita untuk tidak membukanya dan akan ada beribu alasan yg direka untuk kita menangguh2 membaca al-quran. Tetapi lawanlah perasaan itu dan paksalah diri untuk membuka quran dan menghayatiinya. Insyallah jiwa akan tenang dan perasaan akan stable kembali.

Semoga Allah terus memandu kita kearah kehidupan yg lebih dia redai.

Muhammad Saufy Rohmad
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
UiTM Shah Alam