Jam sudah menunjukkan angka 12:05pm. Saya sudah ter peleot di lab tetapi hajat dihati untuk postkan semua puisi yg pernah saya nukilkan sejak dahulu kala tetapi kuat.
Semua puisi ini adalah original karya sendiri, cuma font je yg guna org lain buat. saya belum cukup terror untuk register font sendiri dalam blogspot.
Disclaimer:
Muhammad Saufy Rohmad
Mohd Saufy Rohmad
Muhammad Mikail Sulaiman
Muhammad Rashid Rabbani
adalah org yg sama, memilikik No IC yg sama,No Passport yg sama dan
Memiliki jenis darah yg sama, iaitu O+.
Jadi sesiapa yg kekurangan darah boleh la mintak kat saya,Insyallah.
Selamat Membaca Dan Berfikir,
www.gurindamhidup.blogspot.com
===================================================
DEGUP CURIGA
diam itu selalu memberi maksud,
buntu itu selalu membawa zikir,
benci itu selalu mambayang cinta,
rasa bukan raja,
cinta bukan takhta,
pergilah kerna,
kita hidup,
pasti berlaku jua,
bernafaslah iman,
pulanglah jiwa,
bawaku bersama,
lena diulit tangis dosa
===================================================
TERBANG
kutiup shahdu
mencari tepian,
kutemu rindu,
mencari teman,
kuselam dalam,
mencari tenang,
kutemu hitam,
buntu mencari jalan keluar,
ku terbang tinggi,
mencari luas,
berikan aku sayap,
agar bebas dari kotor rakus dunia fana,
kupejam mata,
mencari damai,
pengharap airmata,
bercucuran menyuci noda didalam jiwa...
=========================================
mencari apakah aku
berfikir dilorong-lorong stigma
mengagak dicelah-celah curiga
mencongak disalut gentar
tapi takut terus menderu kencang
arashmu kudengar rapat
lenaku berteman cereka
firasat bertentang hakikat
kupanjat jariku tinggi
walau kelat asal berkat
desah didasar terus kuat
dia masih melekat erat
asal engkau ada
yg lain jatuh no dua.
=========================================
Kehidupan ini selalu memberi erti kepada kita...
Iya, kehidupan manusia ini selalu membuatkan kita berfikir,
Membuat kita merenung kepada manusia,
kepada diri kita sendiri,
kepada perasaan kita,
Hati kita,
Kebaikan kita,
keburukan kita,
kepada seseorang yang dekat dengan kita,
kepada saudara mara kita,
kepada dosa-dosa kita,
kepada kealpaan kita,
kepada manusia yang berlari-lari mengejar dunia,
kepada manusia yang berseronok dikemuncak ramadhan,
kepada mereka, ya kepada mereka manusia dan diri kita jugak.
inilah kehidupan yang kita sedang nikmati ini,
nikmati? adakah benar-benar kita nikmatinya?
ataupun kita terseksa didalamnya?
aataupun kita sengsara mencari jalan keluar daripadanya?
ataupun kita menggelupur mencari secebis cahaya yang menunjukkan kita kepada pencipta kita?
cahaya yang indah, yang suram, yang tepat tetapi itula cahaya yang pasti,
itulah cahaya yang pasti mengeluarkan kita dari semua liku-liku dan kesengsaraan kehidupan,
walau berjuta musihbah, masalah, serta cubaan menimpa kita,
walau beratus jiwa manusia telah kita korbankan,
walaupun bertan nafsu telah kita turutim
walaupun segala noda telah kita kiumpulkan,
namun cahaya itu tetap cahaya,
cahaya yang pasti, cahaya yang mengerangi,
menerangi kehidupan ini dengan erti yang pasti,
erti yang engkau dan aku sedang mencari,
cahaya yang aku dan engkau rindu dengan teramat sangat,
itulah cahaya rabbani dan cahaya ilahi,
yang menerangi setiap hati hati yang suci,
menerangi hati hati yang diberi sinar,
oh kehidupan,
selalulah memberi aku erti yang paling pasti,
akan segala selok belokmu yang mengerikan serta mengelirukan,
wahai kehidupan,
selalulah bersamaku,
agar aku dapat selalu mengembara bersamamu,
bersama pengembara lain didalammu,
namun,
berilah aku kekuatan,
untuk aku mencari asal usulku didalammu,
dan ya Allah,
yang mengurniakan aku kehidupan,
aku tahu cahayamu adalah cahaya itu,
dan aku, hambamu,
sangat - sangat rindu untuk bersamaMu,
Dimalam 10 Akhir Ramadhan ini...
Semoga kita manfaatkan 10 Malam Akhir Ramadhan ini dengan hati yang Rendah Hati,Ikhlas dan Tawakkal mengaharap ampunan dari Ilahi.
Mohd Saufy Rohmad
Rumah Nenek,Ampang
30/9/7 7.54pm, lepas solat magrib
=========================================
Kepada Puteriku
Salam puteriku...
Apa khabar dirimu hari nie?
Sihat? Sakit? Gembira? Duka?
Semoga dikau sihat-sihat selalu hendaknya..
Aku hanya seorang abang yang ingin menyatakan sesuatu kepada dirimu,
Puteriku,
Engkau cantik,alhamdulllah Allah telah memberimu kelebihan,
Engkau bijak,Alhamdulillah Allah terlah menganugerahkannya kepadamu,
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah...
Puteriku,
Tahukah engkau yang engkau amat berharga?
Tahukah engkau nilai dirimu terlalu tinggi?
Tahukah engkau yang kehormatanmu itu terlalu mahal?
Sebab itulah kucoretkan warkah ini agar engkau mengerti
Akan hakikat kemuliaan dirimu...
Puteriku,
Mata manusia selalu menipu,
Dunia ini sememangnya selalu menipu dan mengelirukan,
Hanya menghukum dari apa yang dilihat dimata,
Usahlah dikau tertipu dengan dunia ini wahai puteriku,
Semua ini hanya mainan nafsu yang palsu, nafsu yang tidak perlu engkau turuti,
Semua ini adalah fana dan permainannya mengelirukan,
Semua ini hanyalah topeng-tepng syaitan yang telah menjelma menjadi sesuatu yang sgt kita cintai,
Semua ini adalah tipuan musuh untuk membuat kita alpa dan leka,
dari hakikat kehidupan yang penuh ketenangan...
Puteriku,
Janganlah engkau tertipu dengan kehidupan artis,
Janganlah engkau tertipu dengan mainan media,
Yang menyerang hendap fikiran kita,
Yang mencabut kemas akar-akar budaya kita,
Yang menyentap keras aqidah dan keyakinan kita,
dan yang akan membuatkan kita tewas dan akhirnya akan menyesal!
Puteriku,
Usahlah engkau ikutkan langkah mereka,
Langkah-langkah yang bertopengkan 'kemodenan','kemajuan',
Semua itu adalah palsu,
Tidak memberi sesuatu yang pasti dan jelas untuk kehidupan,
Puteriku,
Tidakkah engkau ingin hidup dalam sebuah ketenangan?
Hidup dengan panduan pasti dari tuhan yang menciptakan...
Hidup dengan keyakinan teguh kepada Allah yang terus memberi dan memberi...
Hidup sebagai seorang puteri muslimah yang memiliki kehormatan yang mulia,
Dan hidup sebagai seorang insan yang menyeru kepada cahaya murni dari tuhanNya..?
Puteriku,
Tenangkanlah dirimu,
Tanyakan dalam dirimu,
Lihatlah alam indah sekelilingmu,
Fikrikan masa depanmu,
Apa yang kau cari,
selain ketenangan didalam iman yang abadi..???
Mohd Saufy Rohmad
Technology Park Malaysia
Bukit Jalil
1.17pm
===================================================
Aku dan Sesuatu
Kulembutkan hatiku,
Agar cair bersama kasih sayangMu,
Keleburkan keangkuhanku,
Agar terbina ukhwah yang Indah.
Kutundukkan pandanganku,
Agar bersih hati ku dari selainMu,
Kupalingkan nafsuku,
Agar tiada dua melainkan wajahMu.
Kubina perasaanku,
Agar tujuan dan motivasiku satu,
Kubuang putus asaku,
Agar semua menjadi mungkin.
Kubuka jalan hidupku,
Agar berani menempuh esok yang tak tahu,
Kuluaskan harapanku,
Ku yakin bersama-sama esok pasti ada sesuatu.
Kuakui kesalahanku,
Agar hati ku selalu lembut,
Kunafikan kelebihanku,
Kerana aku bukan milikku.
Kuberanikan diriku,
Kerana hidup memang berduri,
Kutahan air mataku,
Kerana perjalanan kita masih baru.
Kurangkulmu dalam doaku,
Agar kita semua tetap satu,
Kuhisab kealpaanku,
Agar tidak menjadi dalil pemergianmu.
Kukuntum senyumanku,
Agar harapan terus berbunga,
Berbunga dan terus berbunga indah...
===================================================
Aku Berserah...
Ya Allah,
Aku disini berada diantara jutaan manusia,
Manusia yang berbagai ragam,
Berbagai cerita,
Berbagai perangai,
Berbagai pendapat.
Dan engkau tetap satu,
Kebenaran tetap satu,
Dan Haq tetap satu.
RedaMu tetap satu.
Dan itu lah tujuan abadiku...
Ya Allah yg maha kuasa,
Ikhlaskanlah hati kami,
Kuatkanlah iman kami,
Perteguhkanlah tawakkal kami,
Agar cintaMu terus bersemi,
Agar kasihMu tetap abadi,
Dan agar dikau semakin dekat dihati kami,
Sehingga benar-benar terasa dihati kami,
Akan,
KEMANISAN BERIMAN DENGAN-MU
===================================================
aku ingin pulang dengan sesungguhnya...
ya allah, aku ingin pulang kepadamu,
berada dalam pelukanmu setiap saat,
berjalan dibumi ini dalam perasaan yg dekat kepadamu,
ya allah,
betapa banyaknya dosa yg aku lakukan,
betapa byknya taubat yang aku mungkiri,
semakin lama aku semakin malu padamu ya allah,
malu pada diriku sendiri,
malu kepada selurh dunia ciptaanmu,
ya allah, aku tidak mahu menjadi hamba yg bangsat,
aku tidak mahu menjadi hamba yg melarat,
aku tidak mahu menjadi manusia jijik yg hidup dalam kandang-kandang babi!!
ya allah, ini bukan diriku yg sebenarnya,
aku tau, aku belum sungguh2 bertaubat kepadamu,
aku selalu gagal dalam istiqamahku,
aku melalui saat-saat sukar dalam mengawal nafsuku,
ya allah, apalah erti hidup ini tanpa reda mu,
apa erti hidup ini tanpa ketenangan darimu,
apa erti hidup ini jika nafas2 ku untuk maksiat kepadamu,
ya allah, aku ingin segera kembali,
aku ingin segera pulang,
aku ingin segera pergi dari sini,
aku ingin kesana,
ingin kesana, bersama-sama dengan hambamu yg benar2 beriman,
bersama dengan hamba2 mu yg sunguh-sungguh ikhlas,
bersama dengan hambamu yg benar2 merasai kenikmatan taubat dan manisnya iman.
ya allah, aku berkata kepada diriku,
bilakan kau akan istiqamah?
dilakah kau akan tetap dengan aqidah?
bilakan engkau akan bangun-tidur -bangun kembali dalam cinta yg benar?
wahai diri,
jawaplah engkau...
ya allah, berilah diri ini kekuatan,
seperti mana yg engkau berikan pada hamba ku yg kau cintai,
pilihlah aku
dikalangan org yg kau bersihkan,
dan anugerahkanku dengan
REDA dan RAHMATMu
sehingga ke-akhirnya...
====================================================
Seselit satu Pantun Seloka Pemuda Dakwah
Kampus ke kampus perlu diteroka,
Mulakan dakwah dati pemuda,
medan dijelajah penuh wibawa,
bismillah dan belazah semua jadi bisa!
Bilik ke bilij dibelasah habis,
Pantang jumpa bermuka hanif,
terus di'tashkil' sampai menangis,
Ajak ke program insyallah berezz!!!
Kasih kita bukan kasih biasa,
Ukhwah abadi membawa kesyurga,
Allah dan Rasul Dijunjung bersama,
Kalimah diperjuang sehabis nyawa.
Dakwah dipikul walaupun berat,
Mencintai Ummah melebihi Kudrat,
Satukan Ruh satukan semangat,
Kitalah penyelamat derita Ummat!
Dunia dirancang menjadi kafir,
Rosakkan pemuda dan islam disingkir,
Kuasa Allah terus mengalir,
janji dipatri takkan dimungkir!
Gelak tawa penyeri duka,
Kenangan disimpan didalam dada,
Moga disana menjadi dana,
Amal dan Dakwah menjadi pembela.
Dakwah bukan persatuan seni,
Ia dibina asas rabbani,
Jangan dihancurkan ladang ini,
Jangan dikotori dgn tangan2 keji!
Susah dan senang dipikul bersama,
Satu tersungkur yg lain membela,
Wahai ikhwahku mari semua,
Satukan Saf bergerak seirama.
Kuatnya kita kerana Rabbi,
Ilah yg dicintai dan ditakuti,
Jernihkan Hati sucikan budi,
Mengikuti Jejak Rasul Ilahi.
Quran menerangi cahaya hati,
Qiammulail munajat disunyi pagi,
Panjatkan taubat setinggi-tinggi,
Kita lemah minta dinaungi.
Pemuda mulia peraqidah sasa,
menjunjung kalimah dgn perkasa,
nafsu dunia bukan penggoda,
Hanya Allah tujuan yg mulia.
Turun dan naik iman didada,
Itu lumrah manusia biasa,
Jangan terbabas mencari cahaya,
Pulanglah kepada ikhwahmu tercinta.
Wallahuaklam...
====================================================
Kau
mulanya kita berjumpa
bersama dan bersama
meletak janji setia
deras dan berani
mencuba menjadi satu
mencongak mencari cinta
akhirnya kita temu
jalan-jalan berliku kita langkahi
naik dan turun peribadi
mengenal diri sendiri
mengenal engkau dan aku
kita,
menegak kehormatan diri
disebalik hati yg murni,
selalu bertemu didinding sempit
dan akhirnya kita berlaga kasar,
dan engkau pergi dan aku simpan,
namun,
hati jauhku detiknya tetap satu,
kerana dibalik kerasnya pendapat
ada lembutnya cinta kepada hakikat...
====================================================
andai...
andai nyanyian ini sama,
hatiku girang umpama terbang,
kealam impian,
yg tiada mampu kugambarkan,
asyiknya,
namun andai engkau berada disebalik,
malu ku tetap ada,
kerana aku manusia
tetapi tidak mengapa,
itu lebih mudah bagiku
kerana aku sudah ada
cinta dan putera,
yg juga kurasakan sgt setia,
menanti memberi dan mencinta
dengan penuh rasa.
berbahagialah engkau,
walau apa jgk takdirnya
kerana akhirnya yg kita bawa
adalah amal dan hati
yg suci tanpa noda
====================================================
Mu
saat ini,
rasa untuk memilikimu sgt dalam,
namun aku bertanya kepada diri sendiri,
apakah rasanya disaat aku mendapatkanmu?
alangkah ruginya
sekiranya rasa itu tidak sehebat mana
dan aku tertipu dengan rasa
alangkah bodohnya jiwa ini
alangkah rugi nya perasaan
alangkah hampanya hamba
semua adalah tipuan rasa
yg ingin aku bohongi semuanya
====================================================
Sahutan Bersama
Andai sahutan redoMu selalu senada,
serukanlah malaikatmu agar ruh ini berirama dengan irama yg sama,
Andai sahutan redoMu membawaku bersama,
sedarkanlah dari mimpi dan bawalah aku bersama janji yg terpatri sepenuh jiwa
Dan Andai engkau tersenyum melihatku penuh redo,
Limpahkanlah airmata cinta agar liang-liang hati ini bernafas dengan denyut-denyut taqwa.
Ya Ilahi,Engkaulah Raja segala Raja.
====================================================
mungkin aku perlu diam
kerana kurasakan disini jugak ada sedikit pengharapan
kepada selain Zat yang menciptakan
====================================================
hanya kecewa dari dalam
hehe..
pusingan ini semakin lengkap
untuk menuju kepada sebuah kebuntuan
====================================================
Cukuplah
cukuplah didalam mimpi aku melihatmu
melihat ungu hidupmu,
mungkin itu takdir terindah bagiku.
aku tidak tahu dan aku tidak mahu tahu buat masa ini lagi,
cukuplah setakat ini dia berhenti,
kerana dunia gila ini membuatku semakin buntu,
akan realiti diriku yang serba kurang,
mengharap syurga tanpa ikhtiar,
oh memang gila,
di akhir purnama mulia ini sebenarnya aku hilang akal,
didalam menilai apa yg perlu aku rasa,
oh diri,
cukuplah,
dirimu akan terus sesat jika terus begini.
====================================================
bohonglah!
bohonglah wahai hati,
kerana ia lebih baik bagiku,
nafikanlah wahai jiwa,
kerana ia lebih bahagia untuk ku,
mengapa mimpi ini kurasakan selalu bertemu,
sedangkan nyata belum pernah bersua,
mengapa rasa ini kuat,
sedangkan mata ini berlum lagi membuktikan,
kurasakan aku sedang ditipu,
oleh rasaku sendiri,
oh buktikanlah kejahilan ini,
agar aku melankah terus,
walau lesu sebentar,
dunia masih luas,
jalan masih panjang,
dan nafas masih ada.
jangan tertipu dengan rasa hatimu yg engkau belum pasti,
kerana dia akan membuatmu kelu,
akan membuat jiwamu berputar,
sedangkan cinta agungMu nun disana,
yg pasti menanti dengan segala-gala,
oh diri,
longlai aku lemah,
mencari erti,
didalam sebuah rasa.
====================================================
RahmatMu ya Allah
ya allah,
hambamu ini belum puas menghitung dosa dan alpa,
atas lupa nya diri ini kepada asalnya yg hina,
ya allah,
diriku belum cukup untuk mengira sudah berapa lama aku lupa,
akan segala nikmat dari Mu yang tidak terhingga.
ya allah,
jasad ini, ruh ini dan segala-gala nya yang aku ada,
hakikatnya adalah dariMu,
aku tiada memiliki sedikit pun,
melainkan semuanya adalah kurniaMu yang maha agung,
ya allah kekasihku,
dimanakah tempat aku disisiMu,
jangan kau biarkan aku terpinggir,
aku takut ya allah,
aku takut akan siksaMu yang luar biasa dahsyat,
yang akan membakar seluruh jiwa dan ragaku lumat dan hancur,
aku tak mampu menganggung semua itu ya Allah,
ya allah,
aku harapkan rahmat dan kasih sayang mu yg tak bertepi,
agar engkau limpahi kepada ku hambaMu ini,
ya allah,
amal ku yg sedikit ini belum layak untuk membalas apa sahaja nikmat dari Mu
hanya dengan kasih dan rahmatMu sahaja
untuk aku harapkan agar aku bisa melihat wajahMu.
ya allah..
kupanjatkan harapan dan doa ini,
agar engkau selalu mendengar dan menoleh kepada ku,
ya allah berilah rahmat Mu yang tidak bertepi itu,
kepada Sang Hamba ini...
====================================================
jiwa delimma
janganlah engkau datang lagi,
kerana aku akan terus gila kalau begini,
yg allah,
memelihara cintamu lebih mulia bagi aku dari terjerumus kedalam lembah binatang ini,
ya allah, namun hati ku keliru
dan terus keliru,
manusia boleh membantu tetapi engkau yg maha tahu semuanya
hilangkan aku delima ini agar aku dapat terus melangkah.
-MS
====================================================
hati ini semakin cinta
ia,
semakin syahdu dan cinta
dan semakin cinta
cinta akan apa?
cinta akan cinta
semakin lembut dan basah
semakin ringan utk air ini turun
semakin rindu untuk merangkul
semakin ketagih untuk terus bersama
oh ilahi,
apakah ertinya ini,
====================================================
warna-warna hati
ingin terus suci ikhlas dan jernih
rashid rabbani
====================================================
usah
usahlah
berlebih lebihan
kerana ia akan memenatkan
dan melupakan kepada Nya
usahlah
tergopoh gapah
nanti engkau akan menyesal
sekiranya perasaan itu sebenarnya membohongi dan mempermainkanmu
saat itu kau akan rasa terlalu bodoh dan hina
jadi usahlah
engkau terlalu rakus
untuk melaksakan apa yg kau rasa
kerana ia mampu membuatkan hidupmu
terberenti begitu sahaja buat sementara waktu
ataupun engkau akan merasa
ingin pergi ke penjuru dunia
dan menangis malu buat beberapa ketika
sehingga kulit wajahmu tumbuh kembali
dan engkau kembali menjadi manusia normal.
dengarkan kataku wahai jiwa
usahlah dan malulah kepada dirimu sendiri
dan engkau tidak hina sekiranya tidak memperolehinya
kerana kekasih agung tidak meninggalkanmu
dan apa yang engkau inginkan selain DIA?
rashid rabbani
====================================================
ukhwah itu berkepentingan..?
kucoret lagi
tipuan tipuan ini agar engkau percaya
yang hati seni ini mampu menukilkan isi hati
aku tidak pasti semua itu
itu semua nanti disana akan dimengerti.
aku keliru antara ukhwah dan niat tersirat
jujur aku takut
sememangnya aku takut
dan aku tidak mampu menipu diri sendiri
namun semakin hari semakin kuat
dan aku yakini kekasihku mesti tau
dia mesti tersenyum dan kelakar melihat aku
sedangkan disisinya ada yang lebih baik
dan aku tidak mengerti
tolong beri tahu aku...agar aku tidak pergi dari titik ini.
ya allah,
aku terus mendapatkanmu, jgn tinggalkan aku please?
rashid rabbani
====================================================
apa khabar dikau sekarang..?
menulis kepada mesin digital kadang2 mengasyikan
kerana ia membuatkan org gila tidak sangat kelihatan gila
namun, ini bukan langkah sigila
ini sekadar doa dari sang pencinta
yang selalu mendoakan dan mengharapkan
aku? bukanlah seorang yusuf,ataupun saidina othman
yang memiliki dua dua kelebihan
aku hanya manusia yang selalu bangkit
dari kekalahan jiwa yang rumit
namun disini izinkan aku
mencoretkan harapan dan doa
agar cintaku selalu menjadi doa
walaupun aku tidak memilikinya
memiliki bukan persoalan besar untuk pencinta sejati.
sebab keindahan rasa lebih besar dari keindahan memiliki,
kerna mengenangkan rasa lebih nikmat dari keperitan menanggung duka jika terjadi setelah memiliki,
jadilah putri iman
yang cintanya kepada kebenaran sangat dalam
yang menjaga kehormatan hanya kepada haknya
yang lembut membuatkan tunduk hati keras kepada rabb Nya
semoga kita bertemu di desah2 nafas yang lain,
rashid rabbani
====================================================
hijau menenangkan
aku kembali kealam ini,
alam yg kurasakan tiada yg tahu selain aku dan dia.
alam yg aku menulis rasa hati dengan hati
alam yg aku coretkan kekusutan dengan untaian kata2ku,
aku disini belum buntu tetapi selalu bisu,
didalam mencari erti idup yg aku sangat tahu,
tetapi aku selalu kelu didalam mencari jalan keluarku,
tergelak aku sendiri menggambarkan diri,
samaada terlalu bijak atau gila,
samaada tidak seimbang didalam kehidupan,
oh aku indahnya idup ini terjadi
sehingga aku jadi begini.
engkau, aku tahu engkau masih disitu
dibulan indah ini tolonglah panggilkan aku selalu
agar aku temui segalanya dari sisimu
hatiku sudah tidak kuat untuk berdenyut
walaupun aku belum bersedia untuk dia berhenti
tp aku semakin kurang kekuatan untuk menghadapi
idup yang begini kering dan lesu
oh aku, berilah aku jalan cahaya
untuk aku kelaur dari kekusutan ini
senyum tipu tawa derita selalu menghiasi diri
namun perit, parut yg dalam kuderita.
hadirlah cepat dlm idupku
agar damai cahayamu menyentuh seluruh rongga tubuhku
rashid rabbani