:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Thursday 30 June 2011

cerita untuk manusia 6

airmata ini akan selalu berahsia


biarkanlah ia mengalir sendiri,
kerna cinta akan tidak pernah berhenti memberi,
kerna zuriat yg amat kucintai,
akan selalu berada dilubuk hati ini.

betapa pilu merindu,
berapa indah merangkul,
kekasih dan kekasih dan kekasih,
yg mencintai dengan bersih,
tiada ragu tiada benci,
tiada sombong tiada ego,
hanya cinta suci anak kepada seorang bapa.

ilahi rabbi,
ubati derita ini,
pulangkan cintaku,
hadirkannya padaku,
dikala aku gila merindu,
menatap wajah syahdu yg sayu,
merindu abi yg jauh,

anak-anakku,
rasailah kuntuman senyumku,
rasailah sentuhan kasihku padamu,
kerna airmata ini akan terus berahsia dari siapa saja,
walau ia terlalu sukar utk ditahan bila hanya bersama DIA,

anakku,
aku amat mencintai mu

Wednesday 29 June 2011

cerita untuk manusia 5


 
 
jangan kau tahan ruh ini dari bangkit,
kelak engkau akan sakit,
kerna ia tidak akan takut,
lebih perit lebih dalam rakusnya dirasakan,
tinggalkan tawa ria,
kuntumlah senyum gembira,
dihujung laluan berduri,
akan pasti muncul,
bidadari melambai sopan,
tidakkah dikau menginginkannya?

Tuesday 28 June 2011

cerita untuk manusia 4

Assalamualaikum Warahmatullah,

Tahukah kalian semua mengenai kalimah syahadah?



kalimah syahadah ialah dua kalimah agung yang sepatutnya menjadi hati dan nurani kita semua. Untuk menceritakan betapa agung nya kalimah ini, marilah kita menulusuri sejarah yang agung. Tahukah anda semua bahawa kalimah tauhid adalah risalah untuk semua manusia dari nabi adam sehingga qiamat?

Inilah risalah dari semua para rasul untuk setiap manusia dimuka bumi ini. Sumpah saya tak tipu. Dan inilah yg diserukan oleh semua rasul. Kalau kita baca dalam quran ada kisah nabi musa, nabi isa, nabi ibrahim dan kisah-kisah nabi yg lain, semuanya menyeru kepada seruan ketauhidan dan pemurnian ketaatan kepada Allah swt.

Dan begitulah risalah agung nabi kita Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW. Risalah yang sama, langsung tiada beza, tiada kurang dan tiada lebih. Hanya satu, iaitu memurnikan ketauhidan hanya kepada Allah sang penguasa alam, mencintai hanya dia dan hanya kerana dia. mengharap dan hanya takut kepada Nya.

Itulah kandungan syahadah yg sangat-sangat mulia. yg sepatutnya mendasari kehidupan kita,hati kita, pergerakan kita. Dan itulah laa ilaaha illa llah...

Ya Allah, kuatkan lah kami,

Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM



Saturday 25 June 2011

cerita untuk manusia 3

Assalamualaikum Warohmatullah...


Akhirnya kita akan sendiri.

Benar sahabatku, hari ini kita bersama ibu dan ayah kita, anak kita, isteri kita, jiran kita, sahabat handai kita, sedara mara kita, kawan seofis kita, pelajar2 kita, kita boleh bergurau, menangis, ketawa, bersama-sama mereka membuat apa juga aktiviti, tetapi akhirnya hanya kita seorang, sendiri dan sendiri sahaja yang akan mengadap yang esa.

Ya hanya seorang, tiada mereka, korang, diaorg, kau, beliau, you all atau apa-apa lagi. Yang tinggal hanya kita dan amal-amal kita. yer, hanya itu sahaja. So, marilah kita bertanya kepada diri sendiri tentang diri kita sendiri. sebab nanti di sana tiada lain, hanya kita dan pencipta. dia bertanya tentang segala mengenai umur kita.

apa yg kita buat?
siapa yg kita sakiti?
siapa yg kita belum maafkan?
apa harta haram yg kita makan?
dosa mata kita?
dosa tangan kita?
dosa kemaluan kita?
dosa mulut kita?
dosa kita tidak menjalankan tanggungjawab kita?
dosa
dosa
dan dosa

jadilah org yg bahagia kerna selalu memaafkan. kerna rasulullah pernah berkata kepada yg ada sorang ni ahli syurga. maka seorang sahabat yg lain jeles dan terus pergi mengikuti org yg rasulullah saw cakap as ahli syurga itu. sahabat ni tumpang tido rumah org tu nak tau apa yg special nyer ibadah org tu. 3 malam dia tido tp dia tengok takder la special super2 pun amalan dia. just dia bangun solat tahajjud kejap before subuh and solat subuh mcm biasa. then akhirnya dia terus terang dan bertanya org tersebut, apa yg membuatkan rasulullah saw cakap camtu dan apa amalan dia yg istimewa. org tu cakap yg dia just memaafkan semua kesalahan orang pada dia sebelum tidor. masyallah...marilah kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran.

kan rasulullah saw bersabda
"org yang paling jahat ialah yg paling keras kebenciannya"

ya allah, bersihkanlah hati kami dari segala kekotoran dan penyakita hati dan peliharalah cinta kami kepada Mu.

Muhammad Saufy Rohmad

Wednesday 22 June 2011

cerita untuk manusia 2

assalamualaikum warahmatullah,

bersambung lagi cerita kita.


Alhamdulillah diawal pagi ini dapat juga saya nukilkan isi hati. Kita ini ingain dilihat manusia atau dilihat Allah? Orang yg benar2 mukmin segala tindakannya hanyalah untuk semata-mata dan yg paling utama untuk mendapat perhatian Allah. Kerana dengan tujuan itulah dia hidup sehari2 dan dia melangkah setiap langkah. Sedangkan orang yg lemah iman akan merasa apa yg dimata manusia itu lebih berharga dari apa yg dipandang disisi Allah. Ya Allah alangkah lemahnya aku yg masih mengharap pandangan dimata manusia yg pada hakikatnya tidak mampu memberi apa2.

Itulah kita manusia biasa yg sehari2 berjuang menjadi lebih baik. lebih ikhlas, lebih mukmin dan lebih tulus didalam beriman. dan sebab itulah ketinggian peribadi mukmin adalah suatu yg sangat2 dirindui. dimana hari ini kita melihat segala yg ada dipandangan mata seolah2 menjadi 'tuhan' baru yg 'disembah' manusia. itulah bencana materialistik. sehingga menampakkan manusia bahagia dengan segala material sedangkan jiwa kacau, memberontak dahsyat kerna sakit yg sangat tenat.

dan inilah jiwa yg sedang menulis ini, jiwa manusia biasa yg setiap saat mencari kesucian, kebersihan dan hakikat pengabdian yg sebenar. Menghadirkan raasa bertuhan dan ubudiah dalam setiap sendi kehidupan adalah perjuangan. betul tak? betul. hari ini manusia jauh dari tuhan, tak takut pada azab Allah, mudah sangat terjerumus ke lembah2, dan sebab itulah saya menyeru diri sendiri agar kita berfikir dan berfikir sehingga kita bertemu dengan hidayah Allah yg maha indah, insyallah.

mari kita berdoa agar kita bertemu dengan taufiq dan hidayah dan kenikmatan iman itu terus menyerap dalam seluruh rongga tubuh kita dan memberi kita kekuatan demi kekuatan.

bersambung dalam cerita akan datang...insyallah...

Tuesday 21 June 2011

cerita untuk manusia 1

assalamualaikum warahmatullah,


akhirnya saya sampai ke post yg ditujukan untuk manusia. alhamdulillah. saya ingin membawa anda berfikir. ya berfikir menggunakan akal sendiri. tak perlu untuk menggunakan akal org lain insyallah. sebab allah telah kurniakan kita akal yg sama untuk kita memprocess data yang berlainan dengan processing capaciti yg sama insyallah. dan itulah nikmatnya menjadi seorang manusia normal sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir. subhanallah.

manusia sekelian,
kehidupan adalah suatu yg sangat indah. dengan udara yg dihirup, nafas yg ditarik dan dihembus, alam yang sentiasa kita lihat dan dunia yg selalu kita rasa, membuatkan hakikatnya kehidupan ini adalah suatu yg sangat superb untuk kita nikmati bersama. kerana itulah saya ingin membawa anda semua menulusuri semua nya agar sikit demi sikit kita mampu masuk kedalam alam kenikmatan dan berjalan bersama keindahan ciptaan Allah yang maha agung dan mampu merasai kedalaman cintaNya kepada kita semua.

manusia sekelian,
sekiranya kita berfikir dengan penuh waras dan melihat dengan nyata disekeliling kita, kita akan dapati kehidupan ini adalah suatu perjalanan. ia umpana musafir kelana. dari 9 bulan kita didalam rahim ibu kita, kita berjalan dari alam ke alam. dari trimester pertama, kedua dan ketiga, ibu kita dengan penuh cinta menjaga kita. dan dari situlah tertiupnya perasaan cinta yg luar biasa antara si ibu dan anak. subhanallah. itulah perasaan agung yg hanya difahami oleh seorang ibu dan sebab itulah perasaan kita sebagai anak dengan ibu kita terlalu kuat. dan perjalanan ini akan diteruskan dengan lahirnya seorang bayi comel kedua ini. oh, sedih mengenangkan lahirnya seorang bayi keluar didunia yg serba mencabar ini. mencabar fitrah, mencabar kebersihan seorang manusia yg lahir bersih tampa dosa dan noda. dari saat demi saat, hari demi hari kita membesar dengan kasih sayang sejati dari Allah. membesar dan membesar. pre tadika, tadika, sekolah rendah, sek menengah, university, bekerja, berkahwin, melangkah dengan mendaki tangga career. dan lagi dan lagi lagi lagi dan lagi. dan akhirnya kita akan sakit dan pergi ke alam seterusnya. iaitu alam kubur pula. disini ialah permulaan untuk alam balasan yg sedikit demi sedikit akan kelihatan tanda2 nya.

bersambung ...


Teaching Philosophy? sejak bila aku jadi mat skema ni?

Assalamualaikum Warahmatullah,

5 hari ni saya pergi KAP. Kursus asas pengajaran dan pembelajaran. Basicall cerita pasal teaching and learning theory dan perkara-perkara yg sewaktu dengannya. Saya tak nak cerita pasal KAP tu, mana yg baik amik la yg tak elok jgn la ambik. Yang Saya nak cerita tadi slot terakhir setiap org dimintak buat teaching philosophy masing.

ni yg sempat saya save kat phone:

menuntut dan mencari ilmu adalah sember senyuman yg paling mengasyikkan untuk ummat manusia.

usaplah segala air mata duka ummat duni dengan berbakti penuh tulus dari ilmu yg bermanfaat.

dan disinilah aku, hamba musafir mencari secebis kasih rabbani dengan ilmu, iman dan amal.

nanti ada yg lagi menarik aku bagi tau korang.

MSR

Monday 20 June 2011

Bila Gundah, Peluklah Bunda

Ibulah yang memberi saya kasih sayang dan mengajarkannya kepada saya,
kadang-kadang kita memerlukan sedikit 'perhentian' didalam kehidupan ini,

"peace..."


macam ni cerita nya, ayah saya selalu outstation, so mak saya selalu sorang. Petang semalam mama call cakap abah pegi KK ada kerja. Mula-mula tak nak balik ingat nak balik malam lain. Ingat mlm tadi nak lepak kat bilik buat la kerja apa yg patut. tapi tup2 lepas balik dari magrib terasa mcm bertemu dengan ibu itu lebih baik dari kerja yg lain. 

dah la disebalik semua kecelaruan hidup ini, saya merasakan bertemu ibu, melihat ibu, mencium ibu dan memeluknya itu lebih indah dan sangat-sangat menenangkan jiwa. Alhamdulillah bertolak dalam 830 dari kajang, ikut NPE then terus keluar ke sg besi and terus ke exit kajang and silk highway. Alhamdulillah around 9.15 sampai rumah. hanya allah je yg tahu seronok nya dapat jumpa ibu. 

Alhamdulillah dapat solat isyak berjemaah dgn mama and borak2 sedikit sambil tengok cerita juvana kat tv3, cite budak sekolah yg membuang bayi. aduss nak nangis aku tgk sanggup diaorg buang bayi tu. then before tido alhamdulillah dapat reading the most wanted book yg akhirnya aku jumpa jugak semalam kat PTAR3 uitm. tajuk buku "hardware/software design of digital system." kalau korang dalam area yg sama dengan aku, korang akan tahu betapa susahnya nak dapatkan buku yg membicarakan digital design dalam approach hardware and software. buku ni pun dalam katagori buku rujukan so boleh pinjam 3 hari je then kena renew balik. so tengok la kalau larat baca non stop (tp hakikatnya mcm tak larat jer), kalau tak fotostat and bawak kehulu kehilir la jawabnya. 

Alhamdulillah pagi tadi pun dapat solat subuh berjemaah dgn mama. Sungguh best perasaan ini. Then pergi hospital serdang tengok adik saya syafiq isteri dia darah tinggi. Alhamdulillah syukur.

Allah telah memberi banyak keindahan didalam kehidupan kita.

Kekadang perhentian mcm ini yg membuatkan kita menghargai kehidupan dan pelajaran yg Allah telah berikan sepanjang kita hidup. Mak saya bukan ada degree,master or phd mcm ayah saya tp saya realized yg dia byk mengajar saya menjadi seorang yg berperasaan dan kasih sayang. Alhamdulillah syukur. Semoga hari demi hari kita mampu belajar dari semua yg berlaku dialam ini. Itulah nikmat kehidupan.

Sedangkan Allah menciptakan semua bukan dengan sia2, hanya manusia yg berakal sihat sahaja mampu mengambil sebanyak2 pelajaran. Galilah hikmah.

Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM

Saturday 18 June 2011

Wahai Cinta bahagiakanlah Aku

Assalamualaikum Warahmatullah


Bersama Dua kekasih abadi








Zainab bin Mohd Saufy



Musa bin Mohd Saufy



Al-Amirah Najwa Mokhtar - Versi Serius


Sekian, Itu sahaja.

Muhammad Saufy Rohmad

Thursday 16 June 2011

22nd PACIFIC SCIENCE CONGRESS 2011 - Part 1

"Welcome! Assalamualaikum Dato' Seri!"

Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah saya berpeluang untuk menghadiri Pacific Science Congress di KLCC Sehingga Esok.
Insyallah saya akan bagi full review esok atau lusa. Buat masa ni saya upload dulu sedikit gambar-gambar untuk tatapan diri sendiri dan orang-orang yang lalu lalang semasa saya tengah upload ni. Semoga bermanfaaat. Insyallah saya akan bagi review nya dalam masa terdekat

Ini presentation tadi, pasal DNA barcoding! Superb! Subhanallah!

Ni keynote speach pagi semalam, superb talk dari prof dari jepun!

ni opening ceremony. menteri n timbalan menteri mosti pun ada. datuk zaidee, prof zakri penasihat sains PM pun ada. ok la not bad. semua happy. alhamdulillah. semgoa barokah ilmu yg diperolehi.


Ni keynote semalam jugak.

permandangan dari klcc, nasib baik air terjun tu tak tinggi, kalau tak ada yg terjun tiruk kat situ


cuba teka ni bangunan apa?

urban health martix, research dari ICSU (try google), not bad jugak la research diaorg ni. nak tau detail tanya saya insyallah nanti saya cerita lanjut.


Pesanan penaja rancangan

pakcik ni cite pasal ikan jugak sak silap saya, dia gunakan DNA info utk buat ikan yg simmetry size dia. means asalnya sisik ikat tu lain atas dan bawah, lepas dia adjust DNA ikan tu jadi sama. gempak jugak la. subhanallah.


backdrop yg tidak kurang cantiknya.


saje je ambik gambar ni. pakcik yg pakai baju itam ni la yg extrrack DNA ikan tu


hmm keynote speech semalam. lupa pulak pakcik ni cakap pasal apa. nanti kena bukak buku balik.

graf yg saya pun dah tak tau apa maksudnya. masalahnya masa dia present pun saya tak brapa faham. wallahuaklam.

ni best. moderator for this slot very2 mortherly! enjoy giler masuk slot ni. about globalization.


dihari kedua. geli dah nak pakai tie n coat. korang kenal tak sapa ni? abdul halim bustamam. sila google.
Sapa yg selalu lepak area wisma yakin, masjid india mesti korang ada jumpa pakcik ni. Dia ni memang terror. diulang memang terror. sila ulang sampai korang betul2 faham. saya ada jugak plan nak challenge semua saintific teory dgn dia. hehe bunyi mcm ganas kan? wallahuaklam.


kawasan laut dia mana tah saya lupa. cite pasal ocieanity.

Iklan penaja rancangan yg lebih p*yo dari sebelum nya. wallahuaklam. harap bersabar.


masuk kelas ni sebab nak tengok flora dan fauna yg subhanallah cantik. pakcik ni tengah present pasal flora di turki.


lunch tadi. 3 org bakal student phd ukm dengan borak2 dgn sorang prof dari mana tah. saya cuba2 mencelah walaupun yg mencelah cuma makanan dicelah2 gigi. Alhamdulillah...


iklan penaja dihari ketiga congress. lebih sempoi. lebih natural. lebih menjadi diri sendiri!

Ok saya ada kerja esok nak pegi hari ke-4 congress and the final day insyallah. Esok try nakcakap dgn datuk zaidee ladin pasal plan saya! Doakan semua!

Muhammad Saufy Rohmad



Saturday 11 June 2011

Lelaki dan Memasak

Saya cemburu.

saya seorang lelaki.

Alhamdulillah didikan ayah saya sejak kecil membuatkan saya memiliki kemahiran sebagai seorang lelaki. Dari bertukang, mengecat rumah,berkebun, menebas,mencangkul, membancuh simen, ikat batu (istilah untuk membuat bangunan dari batu bata), alhamdulillah boleh la sikit2 saya buat. Dan termasuklah bersukan, menyanyi, berpuisi, mengorat (eh eh ni kira skills ker? astagfirullahazasim!), berenang, menembak dan sebagainya. Semua itu saya syukuri dengan penuh kerendahan sebagai amanah dan kelebihan yg Allah kurniakan kepada saya yg perlu saya gunakan untuk kebaikan islam.


"pengkalan memasak"

Biasanya apabila berada didalam crowd yg sedang membuat kerja-kerja lelaki ini saya akan dominent dan naturally will lead the situation. Bukan nak buat konon2 macam bagus, tp wallahuaklam itu naturally comes. Mintak lindung sungguh2 dari sifat angkuh, riya' dan ujub. Semoga Allah memelihara saya dari sifat-sifat terkutuk tersebut.


"abg aircraft engineer sedang lead team basuh pinggan"

Tetapi lain pula yg sedang berlaku dari malam dari sehingga sekarang. Saya diamanahkan menjadi ketua pasukan memasak untuk kenduri perkahwinan kawan baik saya. Actually bukan really ketua but ketua yg membantu pasukan tukang masak kampung jemapoh. (baca: dari jemapoh ke menchester).


"khemah pengantin yg cool dan sederhana"

Wallahuaklam saya dilanting sebab kononnya saya ni biasa lead and handle big-big program. Tetapi kali ini mereka silap. Saya merasa inferior! Kerana dunia memasak sangat jauh dari saya sebenarnya!

Saya menjadi kaku, buntu dan natural leadership yg biasanya akan semulajadi keluar terasa tenggelam dan tidak kelihatan. Sebab apa? sekali lagi saya cakap, dunia memasak sangat jauh dari diri saya.

Sejak kecil hanya mama yg menguruskan kerja dapur. Untuk pengetahuan semua, mak saya superb. Perfect lady. Walaupun formal education dia tak tinggi tp bagi saya mama saya sangat perfect!. Dan melihat kasih sayang dan cinta mama dgn abah saya yg berumur 52 dan 55 tahun, saya kadang-2 merasa cemburu.

Ok kembali kepada cerita, yg kerja memasak dirumah semua mama yg buat. Sejak dari kecik. Ya, mama masakak mmg sedap, tak payah cerita la camana sedapnyer. Kalau aku cerita pun bukannya lidah korang boleh rasa sedap kan? dan sebab itu saya menjadi sangat2 tidak skills didapur.  Namun at least diulang at least laa saya pandai la masak nasik dengan goreng telur kuning cair.perghh sedap tu. dan kat asrama dulu pendai buat meggi dalam gayung yg berperisa kari + campur dgn perisa sabun basuh.

Itu yg membuatkan saya kurang2 minat membuka api di dapor. Kurang minat dan kurang skills. Sekarang ni isteri saya dan anak2 kerap pulang ke kampung dan dia meninggalkan byk makanan instant dalam fridge. Tetapi hanya akhir2 ini sahaja yg saya goreng semua benda tu. Saya lebih ringan untuk ke kedai mamak dan order makanan and minum sambil geleng2 kat mamak tu.

Sebab itulah melihat pakcik2 di kenduri ini yg ada skills memasak yg superb membuatkan saya cemburu. Rasa nak cakap dengan pakcik tu, " Pakcik, semester depan course memasak pakcik ni uitm ada offer tak?, saya nak belajar dgn pakcik!"

Itulah alkisahnya saya hari ini. Patutlah isteri saya selalu cakap saya ni gender biasa. Means, dah cop perempuan buat itu dan lelaki buat ini. Hmmm alhamdulillah hari ini saya semakin merasai kebenarannya. itulahkan namanya perkahwinan, 2 culture berbeza dari 2 family dan 2 individu duduk berhimpun sekali. So kena ada give and take and kena byk understanding.

Kesimpulannya, saya perlu membuang idea yg memasak itu skill exclusive untuk perempuan. dan saya pun nak lebih rajin kedapur. Sedangkan mamak kat kedai mamak yg masak pun semua lelaki inikan pulak lidah lagi tergigit. Kan?

Bersama-sama post ni saya sertakan gambar-gambar kenduri untuk perkongsian kita bersama.

"ayam goreng rempah yg tak hingatt dunia sedapnya"

kehidupan adalah perjalanan yg penuh dengan pelajaran,

Bagi siapa yg bersedia dan ikhlas untuk belajar.

wallahuaklam,

Mohd Saufy Rohmad
jemapoh, negeri sembilan
:: dari jemapoh ke rumah saya balik::

Thursday 9 June 2011

Email Dari Prof.Ir.Dr Sahul yg Agak Menarik

Manusia Yang Berhati bersih pasti akan sukakan kesucian dan Kemurnian,
Dan kemurnian inilah yg akan membahagiakan.

Baru balik dari solat jumaat dan terus bukak email uitm. ada satu email dari dato VC. Tajuk email dia Schlultz Philosophy. Tanpa meletakkan apa2 prejudis kepada falsafah itu, saya scroll terus membaca. Rupa-rupanya memang menarik. Alhamdulillah dapat ilmu baru!.

The following is the philosophy of
Charles Schultz, the creator of the 'Peanuts' comic strip. You don't have to
actually answer the questions. Just read the e-mail straight through, and
you'll get the point.


1. Name the five wealthiest people
in the world.

2. Name the last five Heisman
trophy winners.

3. Name the last five winners of
the Miss America.

4. Name ten people who have won the
Nobel or Pulitzer Prize.

5. Name the last half dozen Academy
Award winner for best actor and actress.

6. Name the last decade's worth of
World Series winners.



How did you do?

The point is,
none of us remember the headliners of yesterday. These are no second-rate
achievers. They are the best in their fields. But the applause dies. Awards
tarnish. Achievements are forgotten. Accolades and certificates are buried
with their owners
.


Here's another quiz. See how you do
on this one:

1. List a few teachers who aided
your journey through school.

2. Name three friends who have
helped you through a difficult time.


3. Name five people who have taught
you something worthwhile.

4. Think of a few people who have
made you feel appreciated and special.

5. Think of five people you enjoy
spending time with
.


Easier?

The lesson: The people who make a
difference in your life are not the ones with the most credentials, the most
money, or the most awards.
They are the ones who
cared.




Thanks Dato VC,

Semoga Allah mencucuri Rahmat Dan Kasih SayangNya kepada Seluruh Warga UiTM Diseluruh Malaysia

Ameen,
MSR

Monday 6 June 2011

Mendidik Kerendahan dan pengabdian

 

Assalamualaikum Warahmatullah,


Apa khabar semua? Saya sebenarnya sudah agak lama merindui untuk bercerita mengenai kerendahan dan pengabdian. yer pasal kerendahan. tajuk ni saya rasa sangat sweet untuk saya bercerita sebab ianya selalu membuatkan hati saya jadi rendah dan ingin selalu bersujud. tak tau la kenapa. sebab itukan yg kita cari sebenarnya kan didalam hidup ini? takut kalau kita tertipu dengan kemegahan, kecantikan, kehebatan dan harta benda yg membuatkan kita terlupa akan hakikat.


yer, akan hakikat bahawa kita adalah hamba yg diperbuat dari tanah dan berasal dari setitis air mani yg hina. dari semua itu allah gaulkan kita dan menjadi jasad dan ditiupkan ruh dengan segala rahmat dan kasih sayangnya. dan inilah perasaaan yg saya sangat takut bila ianya kira lupa dan kita tinggalkan.


Sebab kehidupan hari ini sememangnya menipu. dan penuh dengan deceive iaitu penipuan. Wajah yg cantik, tubuh yg cantik, kereta yg cantik, harta benda dan segala kemewahan dunia janganlah membuatkan kita terleka dan terlena dengan hakikat kita. kerana kita adalah sekadar hamba. yer hamba.
tidak lebih dan tidak kurang.


hiduplah dengan penuh kerendahan dan pengabdian. itulah peribadi mulia junjungan besar Muhammad SAW kekasih kita semua. bagaimana rasulullah seorang pemimpin ummat hidup dengan penuh kerendahan. sehingga pernah sorang sahabat yg melihat rasulullah dalam keadaan yg sangat-sangat biasa bertanya kepada Rasulullah SAW "engkau ni buat mcm ni macam hamba". Rasulullah saw dengan penuh kerendahan just berkata dengan tenang "siapakah yg lebih hamba selain dari aku?" Ya Allah, betapa mulianya peribadi mulia seorang Muhamamd SAW. Sekarang ni org miskin, kaya, papa, berada, cantik,hodoh semua ramai yg hidup dalam kemegahan. Nauzubillah.


Ya Allah, istiqamahkan lah kami didalam kerendahan dan rasa pengabdian kepada Mu. Dipagi mulia ini dengarkanlah...


*tu pic di pantai puteri, melaka. last week pergi jalan2 selepas subuh sambil berkenalan dengan angin-angin pantai yg bertiup kencang membawa khabar cinta dari laut.

wallahuaklam,
MSR


bercerita tentang anak

Assalamualaikum,

pagi-pagi buta ni tetiba aku rindu dekat anak aku. isteri n anak aku ada kat kampung melaka. adus rasa nak nangis la pulak. kitorang kawin 2 thn lebih baru allah kurniakan anak pertama kitorang ni. nama dia Musa b. Mohd Saufy. untuk pengetahuan korang Mohd Saufy tu aku la.


ni pic aku dgn anak2 aku, musa dan zainab.

lagi2!!!


musa best!



lagi


musa tgh tgk ikan


tersungkur dipintu syurga?


musa dan pegang lego nya, berlatih utk mengetuai angkatan tentera membebaskan palestin!

ya allah, sampaikan ciumanku buat anak ku disana!

ya allah, peliharalah dia dan jadikannya mujahid dijalanMu yg membebaskan ummat manusia dari kezaliman ya Allah...

salam rindu,
Abu Musa,

Muhammad Saufy Rohmad

Computer Engineering Lab, FKE UiTM