:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Wednesday, 2 November 2011

cahaya dan kata-kata

keyakinan dan akal yg geliga bekerja ketika kita sedang berkata-kata selalu melupakan kita kepada audience. kita umpama membawa pendengar kedalam alam fikiran kita dan membawa bersama mereka untuk merasai apa yg dirasakan dan menikmati rasional yg kita fikirkan. walaupun sekadar berkata-kata, ianya menghidupkan dan mampu mengentarkan jiwa.

natural leadership is a build-in genius yg boleh influence akal fikiran, perasaan dan menggerakkan tubuh menuju apa yg didengari.

bukan sekadar itu, dengan ruh yg bercahaya ia umpama sihir yg melupakan segala penderitaan, menerangkan semua kegelapan dan memberi cahaya kepada kehidupan yg kelam.

dan dicelah itulah hadirnya kata-kata agung yg memberi cahaya kepada tamadun insan. ketika semua penyair arab asyik melantunkan kalam indah, al-quran hadir umpama sihir yg mengenggelamkan releksi akal dan membawa manusia kealam keindahan tiada tara.

sehingga kejahiliahan pasrah tunduk kepada kalam agung dan hati mula bercahaya. subhanallah.

 renunglah dan teruslah berbicara sehinggal engkau akan bertemankan cahaya.
wallahuaklam.