:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Sunday, 3 March 2013

Usah Biarkan Cinta Itu Berhenti Mengalir


Usah Biarkan Cinta Itu Berhenti Mengalir

Saudaraku,
usah biarkan cereka dunia merosak jiwa,
kerna cinta tulus tiada pernah kenal berbeza,
selagi ruh sejati terpadu setia,
dengan kasih Sang Pencipta,

Saudaraku,
Hari demi hari ingin kubisikkan,
Masa demi masa menolakku untuk menyentuh,
hati mu yang paling dalam,
untuk ku nyatakan padamu,
sesungguhnya kasih kita tiada nan terpisah,
kerna janji kita tetap terpadu erat,
selamanya.

Saudaraku,
walau kita banyak menyelak,
satu demi satu halaman perhubungan,
akhirnya kita akan bertemu
dengan hakikat yang sesungguhnya,
bahawa kita semua
hanyalah hamba yang mencari secebis kasih rabbani.

Saudaraku tercinta,
Cinta ini akan terus terangkul,
Selagi kita teguh memegang empunya cinta,
Jangan dihirau pembeza yang merentang,
Kerna jalan sejati tiada pernah kenal dua,
Dan kasih sayang Nya tiada pernah kenal berbeza.

Saudaraku,
Kasih kita sudah seakan udara,
Yang tiada akan pernah terputus beredar,
Kesegenap penjuru ruang,
Selagi ia masih memiliki ruh yang mulia,
Yang Selalu Sujud Kepada RabbNya,
Dengan sentiasa mengharap redaNya.


Abu Musa