Usah Biarkan Cinta
Itu Berhenti Mengalir
Saudaraku,
usah biarkan cereka dunia merosak jiwa,
kerna cinta tulus tiada pernah kenal
berbeza,
selagi ruh sejati terpadu setia,
dengan kasih Sang Pencipta,
Saudaraku,
Hari demi hari ingin kubisikkan,
Masa demi masa menolakku untuk
menyentuh,
hati mu yang paling dalam,
untuk ku nyatakan padamu,
sesungguhnya kasih kita tiada nan
terpisah,
kerna janji kita tetap terpadu erat,
selamanya.
Saudaraku,
walau kita banyak menyelak,
satu demi satu halaman perhubungan,
akhirnya kita akan bertemu
dengan hakikat yang sesungguhnya,
bahawa kita semua
hanyalah hamba yang mencari secebis
kasih rabbani.
Saudaraku tercinta,
Cinta ini akan terus terangkul,
Selagi kita teguh memegang empunya
cinta,
Jangan dihirau pembeza yang merentang,
Kerna jalan sejati tiada pernah kenal
dua,
Dan kasih sayang Nya tiada pernah kenal
berbeza.
Saudaraku,
Kasih kita sudah seakan udara,
Yang tiada akan pernah terputus
beredar,
Kesegenap penjuru ruang,
Selagi ia masih memiliki ruh yang
mulia,
Yang Selalu Sujud Kepada RabbNya,
Dengan sentiasa mengharap redaNya.
lupakanlah cinta kampung...kekalkanlah bersama cinta bandar....
ReplyDeletesesungguhnya tiada cinta yg terindah daripada cinta yg sdh terbina...
kerana cinta yg sdh dibina adalah anugerah dari yg Maha Esa.....
siapa awak
Delete