:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Monday, 4 July 2011

Cerita Perjalanan Manusia 1

Assalamualaikum Warahmatullah,

Allah menyuruh kita bermusafir kebumi manusia yg bertaqwa dan malahan juga bermusafir ke bumi manusia yg kufur.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk ke negeri pulau mutiara. Untuk menghadiri Malaysia Open Source Conference 2011. Boleh google untuk laman rasmi conference. Setelah melawat anak dan isteri di negeri hang tuah, tibalah masa untuk saya mengembara ke negeri hang lim guan eng. So sampai je kat shah alam dari melaka dalam waktu magrib terus pegi beli tiket. Tup tup nampak malaysia tengah main. So stop kedai mamak kejap tak cakap banyak dan layan bola dulu. Berenti solat and sambung layan balik. Walaupun agak kecewa dengan permainan malaysia yg sepatutnya boleh score byk lagi, takper itu saya dah luahkan kat facebook. Kita doa mereka dapat belasah singapore habis-habisan. Dapat tiket jam 12 malam dari shah alam ke pulau pinangg...

Alhamdulillah sampai di stesen bus yg tercanggih didunia iaitu stesen bus seksen 17 shah alam dalam jam 11.55 dan terus bus sampai dan terus naik bus. Alhamdulillah dapat seat super vip (dalam istilah kamus kebusan malaysia), duduk sebelah makcik india yg berumur dalam lingkungan 60+ tahun. walaupun sedikit berbau, tetapi takder la kuat sgt. brother belakang saya seolah olah tau yg saya kurang selesa dgn bau makcik tu dia pun offer saya duk belakang. since seat blakang still kosong satu. oleh kerana seat blakang skali tu tak leh baring, so saya stay la dgn seat saya skrg.

Then saya pandang makcik seat belakang lagi sebelah. saya tgk dia tengah nangis. tak tau la pasal sejak dua menjak ni saya tak boleh tengok perempuan menangis. rasa sangat2 nak pujuk. hari tu masa kat melaka sentral ada jgk nampak sorang perempuan muda ni nangis sambil telefon. saya tanya jugak kenapa nangis tp dia tak brapa dengar. oleh kerana dia tu muda so saya tak jadi la tanya sebab takut fitnah kan. Tapi alhamdulillah makcik malam tadi saya berani kan diri untuk bertanya "kenapa makcik menangis?" dan makcik tu sambil tersedu sedan menjawab, "takder apa2".

saya terus sedih melihat makcik tu menangis. mcm2 assumption datang kat kepala ni. tetapi yg best nyer bila mengantuk datang dengan sangat deras, semua rasa tu hilang. saya tertidur dengan handsomenyer sehingga saya terdengar suara yg sangat macho menjerit dari depan bus, "SG NIBONG! TURUN CEPAT SG NIBONG!!!" aahh dah sampai penang rupanya!

Dengan penuh kerakusan saya terus pakai kasut takut kena tinggal dengan driver yg saya tak tau muka garang ke muka baik. terus angkat backpack nostalgia saya tu, sambil check 2 benda yg penting iaitu wallet dan handphone blackberry saya yg sangat2 mahal tu. (kalau dalam rupiah tp kita lupa yg itu rupiah). setelah raba poket jaket tepi ada wallet and poket atas jaket ada bb, saya pun tanpa sempat ikat tali kasut terus turun dari bus.

Alhamdulillah, camni rasa penang...ingat udara dia bau wangi. hehe tak pun bau lim kit siang sikit hehe...turun2 je ramai sgt pakcik2 taxi dan kereta sewa tunggu. kesian pun ada aku tgk muka pakcik2 ni. masa tu jam 412 lebih kurang.

saya dengan penuh control macho nyer mengelak dengan tepat semua terpaan pakcik2 tu. dan cakap ada kawan nak amik nanti. dan tanya "pakcik, kat mana masjid?" "kat depan tu dik, jalan terus. jam time tu kol 4 lebih, hmmm perut pun dah memintak sedikit habuan. "pakcik, kedai makan kat mana?" pakcik yg paling alim menjawab "belok kanan terus, ada kedai mamak zubaidah" "jauh tak pakcik?" pakcik menjawab dengan lambat, aku dah agak sure jauh ni. "tak la dekat jer" ok never mind. dalam hati ada sedikit kerek, aku kan atlete insyallah boleh jalan jauh. astagfirullah!

Then jalan la dengan penuh gaya agent 007 aka mujahid ke destinasi yg tak tau kat mana tu. langkah demi langkah sambil tahan mengantuk saya terus berjalan dan berjalan.
sehingga...jeng jeng jeng...

saya nampak satu tempat yg agak meragukan! gelap! terdetik dalam hati! macam ada anjing! saya dah berjalan hampir 2 km lebih kurang. badan penat sbb tidur dalam bus dalam keadaan yg sangat tidak menusiawi didalam bus tadi, plus beg yg suam2 berat,....

tetiba....

dengar anging memanggilku dengan penuh garang..saufy!! saufy!! ko buat apa tu!!! ni tempat aku!!! (setelah diterjemah,harap maklum!) dia dah mula mengejar aku!!!

aku cuba buat2 control macho, tetapi gagal sebab ada kawan dia lagi sorang dah start berbunyi!... dangan bunyi hampir serupa!!. So aku kena lari sekarang!

Saya terus berlari. tetapi sempat jgk menoleh dgn harapan anjing itu akan putus asa. tetapi tidak. mungkin dia telah lama merindukan stranger. dia kejar lagi! lari laa...alhamdulillah skali lagi dgn training swimming di swimming pool uitm, jauh jgk la saya berlari.

tiba2.....

saya sangat kehilangan nafsu untuk makan. serius, tak tipu ni.

saya ternampak surau kompleks pegawai kanan PDRM pulau pinang. saya tak peduli kanan ke kiri ke yg penting saya nak tido. terus masuk amik wudu, solat sunat 2 rakaat. solat witir dalam keadaan yg pancit. bukak kipas dan tido sambil peluk beg. tak cakap byk. mmg time tu saya tak cakap byk. buat apa nak cakap byk and nak cakap dgn sapa pun. sbb time tu aku sorang.

so tido sampai ada pakcik datang kejut subuh. solat n lepas solat terus keluar sambil mengantuk tahap ke 12,334. alhamdulillah akhi wira terus datang dengan kia nyer yg turbo. (rasa mcm turbo kalau race dgn basikal la).

cakap dgn akhi wira, ana nak mandi dan tido kejap n ana akan ke hotel naik taxi pun takper. sbb nak pakai hensome2 sikit and pegi conference laa...tak sabar aku nak pegi open source conference ni sbb da lama sgt sgt sgt nak pegi. sejak zaman atuk aku kecik lg aku nak pegi benda ni. (dah start merepek).

akhi wira terus hantar ke depan bayview. turun je dan blur. nanti gua sambung.

huh susah betul nak cari mood nak sambung cerita ni. actually bagus kalau sambung cepat2 sbb nanti lambat da start rasa bosan n malas nak sambung.

No comments:

Post a Comment

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...