:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Tuesday, 12 July 2011

cerita untuk manusia 9

Assalamualaikum Warahmatullah,



Menjadi Lelaki Sejati.

Sebelum saya mula menulis, izinkan saya menjelaskan beberapa perkara yg mungkin akan menimbulkan kekeliruan.

Fakta no 1: saya bukan peminat shahid kapoor. walaupun saya mengaku masa sekolah dulu selalu kena jerit dgn mak sebab malas kapur kasut dan selalu jugak membazirkan kapur masa kat kelas dulu, saya tetap bukan fan of shahid kapoor.

Fakta no 2: tak ada fakta.

Fakta no 3: lagi la tak ada.

Ok kita mulakan cerita.

Saya ingin menjadi lelaki sejati. Dan saya mengaku skrg saya masih berusaha untuk menjadi lelaki sejati. (adakah ni statement yg berbahaya dan boleh disalah anggap?) hmmm mungkin kalau saya seorang celebriti, statement mcm ni boleh membuatkan saya dikejar sehingga ke lubang tandas bilik belakang oleh wartawan melodi yg takder kerja lain tu. wallahuaklam. biar saya terangkan yg sudah jelas lagi bersuluh ni.


macam ni chegita nya kawan. lelaki sejati pada pandangan saya bukan yg hanya memiliki 6 packs. menjaga kekenyalan lower abs dan upper abs nyer, menjaga kehenseman bisap dan trisap nya, jogging 25km selamba, swimming 2km selamba, super fit la kesimpulannya.

Dan bukan pula lelaki sejati itu memiliki wajah yg super handsome  dan supe bersih mcm hmm sapa ek... jap2 google kejap.


amacam hendsome tak mamat ni. serius saya tak kenal sapa mamat ni. mungkin dia pernah sekolah kat smjk(c) chung hua, kajang. (dekat dengan komuter kajang). Tapi secara jujur mmg saya jeles dgn kebersihan kulit mamat ni. takper2, hari ni hari ko esok lusa sapa tau. mungkin hari org lain. insyallah satu hari nanti saya akan dapatkan jugak kulit mcm tu. azam bulan ramadhan tahun ni. sah ke azam camtu?

ok kembali kepada topik. apa la karangan lari topik ni. marah cikgu zubaidah kang.

korang tengok tak cerita nora elena? hehe kalau korang tanya aku tengok ke idak. jawapan nyer ialah...jeng jeng jeng... hehe aku mana la tengok TV!. TV kat umah aku bukak bila ada Bola dan Cerekarama. Itu pun kalau bini aku ajak aku romantik2 sambil manja2 tengok cerekarama sesama. sebenarnya aku tak peduli pasal nora elena tp yg aku agak peduli camana seth tan (sorry ibu2 jgn marah kalau saya silap eja watak aaron aziz ni, jgn buat demo pulak hehe). digambarkan seth tan itu adalah suami idaman malaya. wallahuaklam.
Siapa lelaki yg tak menyirap dan tak nak jadi mcm seth tan tu atau lebih hebat dari dia kalau dgr camtu? sebenarnya aku sgt2 tak peduli pasal seth tan. serius aku tak peduli. sbb ada sorang lagi super hero yg super duper buper goper romantik dgn isteri dia. mmg tak leh lawan. dia ni super hot, super hensem super alim super lembut dgn isteri n keluarga dia. korang cari sendiri. ni assignment. 10% dari carry mark, ok?

ok tadi masa saya atas motor pulang dari swimming pool, saya terfikir...sebenanrya kita just perlu menjadi org yg sederhana. ya sederhana. itu adalah yg terbaik. tak perlu hype mcm gempak tp ada benda yg kita losing. kan? dan begitulah dalam menjadi lelaki yg dicintai isteri. woi ko kan laki cari je la bini lain?

kenapa suara hati aku tiba-tiba berkata demikian? adakah engkau  (wahai suara hati) taknak hidup lama?

Sebenanrya kesejatian itu lahir dari HATI ya HATI dan HATI ...

semua unsur fizikal adalah bukan unsur wajib. memang allah sukakan kecantikan. tetapi hati tetap hati. tidak ada yg boleh ditipu. Kecantikan fizikal tak mampu membeli ketenangan dan kesejahteraan batin. akhlak, kesopanan, kebaikan, peribadi yg mulia, kejujuran dan keikhlasan adalah 'kecantikan' batin yg akan berbahasa dengan bahasa yg lebih murni dari sekadar 'tampalan2' fizikal. itulah nilai terbesar untuk lelaki yg sejati.

Sekiranya kita renung sejarah, bagaimana seorang pemuda mulia bernama yusuf yg dengan keyakinannya yg dalam menolak godaan seorang wanita jelita permaisuri raja. subhanallah. inilah sosok peribadi lelaki sejati. dan saya dengan segala kelemahan masih lagi jatuh dan bangun menuju kemuliaan tersebut. 

dan kehidupan adalah segala ruang untuk muhasabah. ya Allah, berikanlah kami hikmahmu yg dalam dan bukakanlah kami pintu ilmu dan kebijaksanaan utk kami menempuh kehidupan ini.

Wassalam,

Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM




3 comments:

  1. Entry ni best, nak jadi laki sejati jugak :)
    Singgah sini dan follow..
    nice blog :)
    kalau free jemput singgah ke blog saya, boleh bg nasihat or comment.
    kalau rajin follow la fb ok :)

    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ok fahmi, nanti aku usha2 blog ko insyallah.
    ok je nak share2 info,

    kita manusia saling perlu utk bagi nasihat.

    ReplyDelete

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...