:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Wednesday, 2 January 2013

Kasih tidak akan pernah berhenti berbahasa

Ku yakin kasih itu akan terus menyala,
menerangi setiap jalan,
membasahi segala sudut kekeringan,
menyegarkan segala ketika yang dipenuhi dengan kegersangan.

Bisikanlah dengan lebih dalam,
Agar bergetar jiwaku merasakan,
Segenap erti kasihMu,
Yang ku yakin mengiringi setiap langkahku.

Dalam fatihahMu ku selalu merasakan,
Kasih demi kasih dalam sentuhanMu,
Sebagaimana alamMu yang menerangiku,
Begitulah sinar cintaMu yang terus menyentuh setiap ronggaku.

Sehingga menggeletar tubuhku takut padamu,
Sehingga sakit kerongkongku mendongak kelangit mencari wajahMu.
Sehingga bingit jiwaku menafikan kemusyrikan jiwaku.
Sehingga akhirnya aku pasrah dalam dakapan tauhid.

Ya Allah,
Lemaskan relung jiwaku dengan cintaMu,
Dan teruslah berkata-kata denganku.
Kerana sesungguhnya engkaulah cintaku,
Selama-lamanya.

Muhammad Rashid Rabbani
1138am
Seksen 7 Shah Alam




1 comment:

  1. "Ya Allah,
    Lemaskan relung jiwaku dengan cintaMu,
    Dan teruslah berkata-kata denganku.
    Kerana sesungguhnya engkaulah cintaku,
    Selama-lamanya..."

    ini wajib diaminkan.amin ya rabb!

    ReplyDelete

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...