Ok kita kembali lagi
Kali ini dengan topik yg panas dan terlalu panas bagi kita,lelaki dan perempuan.Membahas topik yang panas macam ni memerlukan system penguadaraan yg bagus didalam ruangan rumah kita. Seperti kipas atau aircond. Ok kat mana kita nak start? kita start kat garis permulaan ok?
Kita ni manusia. Setuju semua? Wallahuaklam. aku belum pernah jumpa kambing boleh baca blog. Mungkin ada blog untuk kambing tp itu pun aku belum pernah jumpa jugak. So setakat ilmu yg aku ada kita semua ini manusia. Dan manusia itu ada kandungan atau ingredian dia dalam bahasa halal development corporation. So apa kandungan manusia? Air sirap? Kunyit? ayam golek? bukan2...
Kandungan manusia ialah ruh, nafsu dan jiwa,akal dan fizikal. itu jer? yap itu je xder la perlu gunakan saintific calculator pun. Ok skrg ni aku nak bincang satu2 then kita gabung kan.
CINTA
apa itu cinta? berbicara pasal cinta sume berbunga2. mat ganas kaki bunuh org pun boleh jatuh cinta. tak percaya? percayalah. ada juga manusia yg ditrain untuk menghilangkan rasa cinta dan belas tp akhirnya dia akan jadi gila. sebab apa? sebab cinta adalah fitrah semua manusia. dan even, Allah swt menciptakan semua alam jagat yg super super super super duper duper duper besar ini pun sebab rasa cinta dia kepada kita. So apa masalahnyer cinta ni? laaaa sapa kata ada masalah. korang je la ada masalah...
hmmm....cenggini. cinta ialah kasih fitrah yg diberikan oleh allah kedalam hati2 manusia yg bersih. cinta yg bersih even tidak diassociate langsung dengan nafsu. ok ok bab2 nafsu nanti kita cakap kendian. sabau2. Cinta antara anak dgn mak, anak dgn ayah, manusia sesama manusia, rasa belas kasihan, cinta antara 2 org sahabat, dan termasuk jugak cinta fitrah seorang lelaki dengan perempuan, semua itu adalah kasih fitrah yg allah benarkan dan sangat hargai. dengan cinta yg bersih inilah kehidupan yg bahagia terbangun. dan kalau kata pak hamka dia ckp if manusia idup dengan kasih sayang, tak diperlukan peraturan dan undang-undang. itu analogy dia la if manusia semuanya idup dgn kasih sayang. ok then kita cakap pasal nafsu pulak.
NAFSU
ok kita cakap pasal benda ni pulak. aku nak amik as basis apa yg allah gambarkan didalam al-quran dalam surah ali imran ayat 14. Allah cakap dalam ayat ni manusia ni allah dah 'built-in' rasa nak kan perempuan, anak2, harta, emas perak dan lain2. ok, kita start kat sini. nafsu is kehendak. itu jer? yap itu jer. So apa kehentak manusia? makan, minum, pakai, nak rumah, nak kenderaan, nak berhubungan badan (dalam bahasa saintifik), aku nak tanya korang sume, bagus ke tak bagus semua tu? bagus la kan. makan nak sihat, harta nak simpan or nak gunakan, kereta blh bawak kita bergerak, rumah utk kita berteduh, dan kita rehat, hubungan badan untuk melepaskan keperluan biologis dan mendapatkan zuriat yg halal, kan bagus semua tu kan? so apa masalahnyer?
Masalahnyer hmmm ialah bila tak ikut syariat dan berlebih-lebihan. nak makan boleh makan lah. tp kalau korang kaya macam mana pun aku tak pernah tgk org makan roti canai 100 keping satu pagi sebab dia kaya. itulah perbezaan kehendak dan keperluan. kehendak dan keperluan ni adalah satu sains yg sangat susah untukdi implement kecuali oleh org yang diberi taufik dan petunjuk dari Allah. Sebab itulah didalam alquran allah ada menyatakan makanlah dan minumlah. cari lah pekerjaan, dan rasulullah cakap sebaik-baik harta ialah yg ditangan lelaki yg soleh. dan rasulullah berkata, dia adalah manusia terbaik tetapi dia juga berkahwin. so xyah la konon2 nak jd alim sgt sampai tak kawin, x makan.etc etc
ok ok kita kaitkan dengan topik perbincangan. So how related the CINTA and NAFSU is?
ok now kita gabungkan. This area of discussion need careful understanding about what is man and woman needs. Although this area of Love and Lust discussion focusing more on the man woman relationships, other stuff also applicable. (but my focus here is to discuss on man and woman relationships).
ok pehal tetiba otak aku fikir dalam english pulak ni. sukahati la otak.
Woman is the human of love and feelings. Sapa pompuan kat sini kalau x ngaku takper. tu korang da kena kasi so korang takder perasaan. sbb tu la motherhood is synonim to perempuan. sebab itulah kita rasa sgt2 sayang dgn mak kita. alamak rindu dgn mak aku pulak...mama! maafkan along!. dan dengan inilah asas kasih sayang terbina dalam seseorg manusia. sebab dalam kehidupan kita yg kenalkan kita dengan cinta dan kasih sayang yg bersih dan fitrah ialah ibu kita. ibu ibu ibu
Man pulak is the human of practical and achievement. and man always see the physical and tangible things first. Thats why in relationships man slalu will go faster then woman into the intimate action. and mmg dalam kajian menunjukkan kadar man berfikir pasal hubungan badan jauh lebih tinggi dari perempuan. With the capabilities of the real faithfull man, yes we can achieve that in the keredaan Allah way.
HOWEVER,
The basis of understanding, believing and implementing the practical things around love and lust is for sure our religion. kalau korang tak percaya ni aku nak bagi korang percaya. dan itulah tujuan maharajaserius ni di ciptakan. kita ni ciptaan dia bro. sebab itulah bapak segala love is love to allah.
itulah perasaan yg akan mendatangkan kawalan diri yg superb kepada makhluk tak kisah la kat korea ataupun kutub utara. aduss sebenarnya panjang gile if aku nak cite topik ni secara keseluruhannya tp harap korang dapat faham apa yg aku nak sampaikan. ni dah bukan dikira blog lg ni. ini dah sampai level buku tulisan sek rendah agama dah ni...hehe..
ok geng2, sambung lagi nanti...
wsalam,
En.Lecturer
melaka raya
sabtu 4 june
No comments:
Post a Comment
Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...