assalamualaikum warahmatullah,
akhirnya saya sampai ke post yg ditujukan untuk manusia. alhamdulillah. saya ingin membawa anda berfikir. ya berfikir menggunakan akal sendiri. tak perlu untuk menggunakan akal org lain insyallah. sebab allah telah kurniakan kita akal yg sama untuk kita memprocess data yang berlainan dengan processing capaciti yg sama insyallah. dan itulah nikmatnya menjadi seorang manusia normal sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir. subhanallah.
manusia sekelian,
kehidupan adalah suatu yg sangat indah. dengan udara yg dihirup, nafas yg ditarik dan dihembus, alam yang sentiasa kita lihat dan dunia yg selalu kita rasa, membuatkan hakikatnya kehidupan ini adalah suatu yg sangat superb untuk kita nikmati bersama. kerana itulah saya ingin membawa anda semua menulusuri semua nya agar sikit demi sikit kita mampu masuk kedalam alam kenikmatan dan berjalan bersama keindahan ciptaan Allah yang maha agung dan mampu merasai kedalaman cintaNya kepada kita semua.
manusia sekelian,
sekiranya kita berfikir dengan penuh waras dan melihat dengan nyata disekeliling kita, kita akan dapati kehidupan ini adalah suatu perjalanan. ia umpana musafir kelana. dari 9 bulan kita didalam rahim ibu kita, kita berjalan dari alam ke alam. dari trimester pertama, kedua dan ketiga, ibu kita dengan penuh cinta menjaga kita. dan dari situlah tertiupnya perasaan cinta yg luar biasa antara si ibu dan anak. subhanallah. itulah perasaan agung yg hanya difahami oleh seorang ibu dan sebab itulah perasaan kita sebagai anak dengan ibu kita terlalu kuat. dan perjalanan ini akan diteruskan dengan lahirnya seorang bayi comel kedua ini. oh, sedih mengenangkan lahirnya seorang bayi keluar didunia yg serba mencabar ini. mencabar fitrah, mencabar kebersihan seorang manusia yg lahir bersih tampa dosa dan noda. dari saat demi saat, hari demi hari kita membesar dengan kasih sayang sejati dari Allah. membesar dan membesar. pre tadika, tadika, sekolah rendah, sek menengah, university, bekerja, berkahwin, melangkah dengan mendaki tangga career. dan lagi dan lagi lagi lagi dan lagi. dan akhirnya kita akan sakit dan pergi ke alam seterusnya. iaitu alam kubur pula. disini ialah permulaan untuk alam balasan yg sedikit demi sedikit akan kelihatan tanda2 nya.
bersambung ...
No comments:
Post a Comment
Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...