:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Monday, 6 June 2011

Mendidik Kerendahan dan pengabdian

 

Assalamualaikum Warahmatullah,


Apa khabar semua? Saya sebenarnya sudah agak lama merindui untuk bercerita mengenai kerendahan dan pengabdian. yer pasal kerendahan. tajuk ni saya rasa sangat sweet untuk saya bercerita sebab ianya selalu membuatkan hati saya jadi rendah dan ingin selalu bersujud. tak tau la kenapa. sebab itukan yg kita cari sebenarnya kan didalam hidup ini? takut kalau kita tertipu dengan kemegahan, kecantikan, kehebatan dan harta benda yg membuatkan kita terlupa akan hakikat.


yer, akan hakikat bahawa kita adalah hamba yg diperbuat dari tanah dan berasal dari setitis air mani yg hina. dari semua itu allah gaulkan kita dan menjadi jasad dan ditiupkan ruh dengan segala rahmat dan kasih sayangnya. dan inilah perasaaan yg saya sangat takut bila ianya kira lupa dan kita tinggalkan.


Sebab kehidupan hari ini sememangnya menipu. dan penuh dengan deceive iaitu penipuan. Wajah yg cantik, tubuh yg cantik, kereta yg cantik, harta benda dan segala kemewahan dunia janganlah membuatkan kita terleka dan terlena dengan hakikat kita. kerana kita adalah sekadar hamba. yer hamba.
tidak lebih dan tidak kurang.


hiduplah dengan penuh kerendahan dan pengabdian. itulah peribadi mulia junjungan besar Muhammad SAW kekasih kita semua. bagaimana rasulullah seorang pemimpin ummat hidup dengan penuh kerendahan. sehingga pernah sorang sahabat yg melihat rasulullah dalam keadaan yg sangat-sangat biasa bertanya kepada Rasulullah SAW "engkau ni buat mcm ni macam hamba". Rasulullah saw dengan penuh kerendahan just berkata dengan tenang "siapakah yg lebih hamba selain dari aku?" Ya Allah, betapa mulianya peribadi mulia seorang Muhamamd SAW. Sekarang ni org miskin, kaya, papa, berada, cantik,hodoh semua ramai yg hidup dalam kemegahan. Nauzubillah.


Ya Allah, istiqamahkan lah kami didalam kerendahan dan rasa pengabdian kepada Mu. Dipagi mulia ini dengarkanlah...


*tu pic di pantai puteri, melaka. last week pergi jalan2 selepas subuh sambil berkenalan dengan angin-angin pantai yg bertiup kencang membawa khabar cinta dari laut.

wallahuaklam,
MSR


No comments:

Post a Comment

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...