saya seorang lelaki.
Alhamdulillah didikan ayah saya sejak kecil membuatkan saya memiliki kemahiran sebagai seorang lelaki. Dari bertukang, mengecat rumah,berkebun, menebas,mencangkul, membancuh simen, ikat batu (istilah untuk membuat bangunan dari batu bata), alhamdulillah boleh la sikit2 saya buat. Dan termasuklah bersukan, menyanyi, berpuisi, mengorat (eh eh ni kira skills ker? astagfirullahazasim!), berenang, menembak dan sebagainya. Semua itu saya syukuri dengan penuh kerendahan sebagai amanah dan kelebihan yg Allah kurniakan kepada saya yg perlu saya gunakan untuk kebaikan islam.
Biasanya apabila berada didalam crowd yg sedang membuat kerja-kerja lelaki ini saya akan dominent dan naturally will lead the situation. Bukan nak buat konon2 macam bagus, tp wallahuaklam itu naturally comes. Mintak lindung sungguh2 dari sifat angkuh, riya' dan ujub. Semoga Allah memelihara saya dari sifat-sifat terkutuk tersebut.
Tetapi lain pula yg sedang berlaku dari malam dari sehingga sekarang. Saya diamanahkan menjadi ketua pasukan memasak untuk kenduri perkahwinan kawan baik saya. Actually bukan really ketua but ketua yg membantu pasukan tukang masak kampung jemapoh. (baca: dari jemapoh ke menchester).
Wallahuaklam saya dilanting sebab kononnya saya ni biasa lead and handle big-big program. Tetapi kali ini mereka silap. Saya merasa inferior! Kerana dunia memasak sangat jauh dari saya sebenarnya!
Saya menjadi kaku, buntu dan natural leadership yg biasanya akan semulajadi keluar terasa tenggelam dan tidak kelihatan. Sebab apa? sekali lagi saya cakap, dunia memasak sangat jauh dari diri saya.
Sejak kecil hanya mama yg menguruskan kerja dapur. Untuk pengetahuan semua, mak saya superb. Perfect lady. Walaupun formal education dia tak tinggi tp bagi saya mama saya sangat perfect!. Dan melihat kasih sayang dan cinta mama dgn abah saya yg berumur 52 dan 55 tahun, saya kadang-2 merasa cemburu.
Ok kembali kepada cerita, yg kerja memasak dirumah semua mama yg buat. Sejak dari kecik. Ya, mama masakak mmg sedap, tak payah cerita la camana sedapnyer. Kalau aku cerita pun bukannya lidah korang boleh rasa sedap kan? dan sebab itu saya menjadi sangat2 tidak skills didapur. Namun at least diulang at least laa saya pandai la masak nasik dengan goreng telur kuning cair.perghh sedap tu. dan kat asrama dulu pendai buat meggi dalam gayung yg berperisa kari + campur dgn perisa sabun basuh.
Itu yg membuatkan saya kurang2 minat membuka api di dapor. Kurang minat dan kurang skills. Sekarang ni isteri saya dan anak2 kerap pulang ke kampung dan dia meninggalkan byk makanan instant dalam fridge. Tetapi hanya akhir2 ini sahaja yg saya goreng semua benda tu. Saya lebih ringan untuk ke kedai mamak dan order makanan and minum sambil geleng2 kat mamak tu.
Sebab itulah melihat pakcik2 di kenduri ini yg ada skills memasak yg superb membuatkan saya cemburu. Rasa nak cakap dengan pakcik tu, " Pakcik, semester depan course memasak pakcik ni uitm ada offer tak?, saya nak belajar dgn pakcik!"
Itulah alkisahnya saya hari ini. Patutlah isteri saya selalu cakap saya ni gender biasa. Means, dah cop perempuan buat itu dan lelaki buat ini. Hmmm alhamdulillah hari ini saya semakin merasai kebenarannya. itulahkan namanya perkahwinan, 2 culture berbeza dari 2 family dan 2 individu duduk berhimpun sekali. So kena ada give and take and kena byk understanding.
Kesimpulannya, saya perlu membuang idea yg memasak itu skill exclusive untuk perempuan. dan saya pun nak lebih rajin kedapur. Sedangkan mamak kat kedai mamak yg masak pun semua lelaki inikan pulak lidah lagi tergigit. Kan?
Bersama-sama post ni saya sertakan gambar-gambar kenduri untuk perkongsian kita bersama.
kehidupan adalah perjalanan yg penuh dengan pelajaran,
Bagi siapa yg bersedia dan ikhlas untuk belajar.
wallahuaklam,
Mohd Saufy Rohmad
jemapoh, negeri sembilan
:: dari jemapoh ke rumah saya balik::
No comments:
Post a Comment
Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...