Akhirnya kita akan sendiri.
Benar sahabatku, hari ini kita bersama ibu dan ayah kita, anak kita, isteri kita, jiran kita, sahabat handai kita, sedara mara kita, kawan seofis kita, pelajar2 kita, kita boleh bergurau, menangis, ketawa, bersama-sama mereka membuat apa juga aktiviti, tetapi akhirnya hanya kita seorang, sendiri dan sendiri sahaja yang akan mengadap yang esa.
Ya hanya seorang, tiada mereka, korang, diaorg, kau, beliau, you all atau apa-apa lagi. Yang tinggal hanya kita dan amal-amal kita. yer, hanya itu sahaja. So, marilah kita bertanya kepada diri sendiri tentang diri kita sendiri. sebab nanti di sana tiada lain, hanya kita dan pencipta. dia bertanya tentang segala mengenai umur kita.
apa yg kita buat?
siapa yg kita sakiti?
siapa yg kita belum maafkan?
apa harta haram yg kita makan?
dosa mata kita?
dosa tangan kita?
dosa kemaluan kita?
dosa mulut kita?
dosa kita tidak menjalankan tanggungjawab kita?
dosa
dosa
dan dosa
jadilah org yg bahagia kerna selalu memaafkan. kerna rasulullah pernah berkata kepada yg ada sorang ni ahli syurga. maka seorang sahabat yg lain jeles dan terus pergi mengikuti org yg rasulullah saw cakap as ahli syurga itu. sahabat ni tumpang tido rumah org tu nak tau apa yg special nyer ibadah org tu. 3 malam dia tido tp dia tengok takder la special super2 pun amalan dia. just dia bangun solat tahajjud kejap before subuh and solat subuh mcm biasa. then akhirnya dia terus terang dan bertanya org tersebut, apa yg membuatkan rasulullah saw cakap camtu dan apa amalan dia yg istimewa. org tu cakap yg dia just memaafkan semua kesalahan orang pada dia sebelum tidor. masyallah...marilah kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran.
kan rasulullah saw bersabda
"org yang paling jahat ialah yg paling keras kebenciannya"
ya allah, bersihkanlah hati kami dari segala kekotoran dan penyakita hati dan peliharalah cinta kami kepada Mu.
Muhammad Saufy Rohmad
No comments:
Post a Comment
Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...