:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Monday, 20 June 2011

Bila Gundah, Peluklah Bunda

Ibulah yang memberi saya kasih sayang dan mengajarkannya kepada saya,
kadang-kadang kita memerlukan sedikit 'perhentian' didalam kehidupan ini,

"peace..."


macam ni cerita nya, ayah saya selalu outstation, so mak saya selalu sorang. Petang semalam mama call cakap abah pegi KK ada kerja. Mula-mula tak nak balik ingat nak balik malam lain. Ingat mlm tadi nak lepak kat bilik buat la kerja apa yg patut. tapi tup2 lepas balik dari magrib terasa mcm bertemu dengan ibu itu lebih baik dari kerja yg lain. 

dah la disebalik semua kecelaruan hidup ini, saya merasakan bertemu ibu, melihat ibu, mencium ibu dan memeluknya itu lebih indah dan sangat-sangat menenangkan jiwa. Alhamdulillah bertolak dalam 830 dari kajang, ikut NPE then terus keluar ke sg besi and terus ke exit kajang and silk highway. Alhamdulillah around 9.15 sampai rumah. hanya allah je yg tahu seronok nya dapat jumpa ibu. 

Alhamdulillah dapat solat isyak berjemaah dgn mama and borak2 sedikit sambil tengok cerita juvana kat tv3, cite budak sekolah yg membuang bayi. aduss nak nangis aku tgk sanggup diaorg buang bayi tu. then before tido alhamdulillah dapat reading the most wanted book yg akhirnya aku jumpa jugak semalam kat PTAR3 uitm. tajuk buku "hardware/software design of digital system." kalau korang dalam area yg sama dengan aku, korang akan tahu betapa susahnya nak dapatkan buku yg membicarakan digital design dalam approach hardware and software. buku ni pun dalam katagori buku rujukan so boleh pinjam 3 hari je then kena renew balik. so tengok la kalau larat baca non stop (tp hakikatnya mcm tak larat jer), kalau tak fotostat and bawak kehulu kehilir la jawabnya. 

Alhamdulillah pagi tadi pun dapat solat subuh berjemaah dgn mama. Sungguh best perasaan ini. Then pergi hospital serdang tengok adik saya syafiq isteri dia darah tinggi. Alhamdulillah syukur.

Allah telah memberi banyak keindahan didalam kehidupan kita.

Kekadang perhentian mcm ini yg membuatkan kita menghargai kehidupan dan pelajaran yg Allah telah berikan sepanjang kita hidup. Mak saya bukan ada degree,master or phd mcm ayah saya tp saya realized yg dia byk mengajar saya menjadi seorang yg berperasaan dan kasih sayang. Alhamdulillah syukur. Semoga hari demi hari kita mampu belajar dari semua yg berlaku dialam ini. Itulah nikmat kehidupan.

Sedangkan Allah menciptakan semua bukan dengan sia2, hanya manusia yg berakal sihat sahaja mampu mengambil sebanyak2 pelajaran. Galilah hikmah.

Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM

No comments:

Post a Comment

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...