:: Hiruk Pikuk Gurindam Kehidupan ::

Monday, 6 June 2011

Kemanusiaan dan Kasih Sayang

Bilakah manusia akan tidak berhanti memberi,
Kerana cinta itu suci,
Memberi dan tidak mengharap lagi,
Kerna kasih pencipta yg maha tinggi,
Tidak akan pernah membawa rugi.

Bilakah hati belas kasih akan kembali menerangi,
Jalan cahaya hidup manusiawi,
sehingga air mata ihsan disana sini,
Mencintai kerana ilahi rabbi.

Bilakah permusuhan akan dibenci,
Dendam kesumat berhenti,
Tiada lagi hasada dan dengki,
Saling memberi dan memberi,
Walaupun sedikit terkurang tiada iri.

Mengapa anak sendiri dibunuh kejam,
Dimana hati dimana sayang,
Pasti Musnahlah peradaban insan,
Yg tinggal haiwan yg bernafsu syaitan,
Bertopeng insan berjiwa binatang,
Merosak ummat penghancur zaman.

Dunia disembah umpama kekal,
Sedangkan usia menghitung sempoa,
Menunggu tiba yang tiba-tiba,
Keraslah raga tiada makna,
Muncullah tenteta yg maha esa,
Memberi jawapan atas segala alpa.

Luaskanlah hati luaskanlah sayang,
Ukirlah senyuman setelah kebaikan,
Agar manis hatimu menelan kepedihan temanm
Pasti bercahaya dgn cahaya kenabian,
Yg umpama air yg mengalir memberi kebaikan,
Agar terus bengkit peradaban,
Menuju puncak kebaikan dan Kebahagiaan,

dari blackberry hadiah dari mama :D

Muhammad Saufy Rohmad
Masjid Batang Tiga Melaka Tengah
6.38am
:: bersandar ditiang mencongak alpa ::

No comments:

Post a Comment

Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...