Tahukah kalian semua mengenai kalimah syahadah?
kalimah syahadah ialah dua kalimah agung yang sepatutnya menjadi hati dan nurani kita semua. Untuk menceritakan betapa agung nya kalimah ini, marilah kita menulusuri sejarah yang agung. Tahukah anda semua bahawa kalimah tauhid adalah risalah untuk semua manusia dari nabi adam sehingga qiamat?
Inilah risalah dari semua para rasul untuk setiap manusia dimuka bumi ini. Sumpah saya tak tipu. Dan inilah yg diserukan oleh semua rasul. Kalau kita baca dalam quran ada kisah nabi musa, nabi isa, nabi ibrahim dan kisah-kisah nabi yg lain, semuanya menyeru kepada seruan ketauhidan dan pemurnian ketaatan kepada Allah swt.
Dan begitulah risalah agung nabi kita Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW. Risalah yang sama, langsung tiada beza, tiada kurang dan tiada lebih. Hanya satu, iaitu memurnikan ketauhidan hanya kepada Allah sang penguasa alam, mencintai hanya dia dan hanya kerana dia. mengharap dan hanya takut kepada Nya.
Itulah kandungan syahadah yg sangat-sangat mulia. yg sepatutnya mendasari kehidupan kita,hati kita, pergerakan kita. Dan itulah laa ilaaha illa llah...
Ya Allah, kuatkan lah kami,
Muhammad Saufy Rohmad
FKE UiTM
No comments:
Post a Comment
Berilah sedikit masukan agar ilmu dan pendapat terus dikongsi bersama...